Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Konon Ajak Solat.' Lelaki Di Dakwa Cabul Kanak-Kanak Perempuan Usia 9 Tahun Di Dalam Surau.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Konon Ajak Solat.' Lelaki Di Dakwa Cabul Kanak-Kanak Perempuan Usia 9 Tahun Di Dalam Surau..

SEORANG pemuda direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh bagi membantu siasatan berhubung kes mencabul seorang kanak-kanak perempuan sembilan tahun di sebuah surau di Taman Seri Tanjung Kling. - Foto Nur Saliawati Salberi


MELAKA: Seorang pemuda dipercayai memperdaya seorang kanak-kanak perempuan dengan mengajaknya bersolat sebelum dipercayai mangsa dalam sebuah surau di Taman Seri Tanjung, Tanjung Kling di sini, semalam lapor Berita Harian.

Dalam kejadian jam 7.10 malam itu, mangsa dikatakan berjalan pulang ke rumahnya selepas menghadiri majlis hari raya anjuran taman perumahan terbabit yang diadakan di padang berhampiran.


Suspek berusia 25 tahun itu dipercayai memanggil mangsa dan mengajaknya bersolat bersama sebelum didakwa mencium kanak-kanak terbabit di surau.

Jurucakap polis berkata, bapa mangsa yang masih berada pada majlis hari raya berkenaan, menyedari kejadian selepas anaknya datang sambil menangis dan mengadu kesakitan.


"Bapa mangsa bertanya kepada anaknya sebelum mangsa mendakwa suspek menyentuh kemaluan dan menciumnya.

"Mangsa menunjuk ke arah suspek yang ketika itu mengambil wuduk," katanya.

Apabila ditanya mengenai dakwaan kanak-kanak itu, suspek mengaku melakukannya.


Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri (JSJN) Asisten Komisioner Mohd Nor Yhazid Idris berkata dihubungi mengesahkan kejadian.

"Suspek direman tujuh hari bagi bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (a) Akta 792 Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 dilakukan," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KUjoy4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.