Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Tiada Tanda Suntikan BCG, Mangsa Dipercayai Wanita Warga Asing.’ Wanita Dikerat Enam Pakai Loket Kalimah Allah.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Tiada Tanda Suntikan BCG, Mangsa Dipercayai Wanita Warga Asing.’ Wanita Dikerat Enam Pakai Loket Kalimah Allah..



KUALA LUMPUR: Mayat wanita yang dikerat enam dan diletakkan dalam dua beg sebelum ditemui di Jalan Ipoh, di sini, Khamis lalu dikesan memakai loket kalimah Allah.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur, meminta saksi atau kenalan yang ada kenalan atau ahli keluarga mereka memakai loket sedemikian supaya tampil membantu siasatan.


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, berkata pada masa ini pihak polis masih berusaha mengenalpasti identiti si mati.

"Kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti identiti sebenar mangsa yang dipercayai adalah wanita warga asing.


"Berdasarkan proses pengecaman awal pada tubuh badan mangsa, tiada sebarang tanda suntikan BCG (Bacillus Calmette Guerin) ditemui yang menyatakan kemungkinan dia bukan rakyat tempatan," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau berkata, selain mengenalpasti identiti mangsa, pihaknya juga masih menjalankan siasatan secara terperinci dalam mengenalpasti identiti suspek termasuk berdasarkan maklumat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian,


"Pihak Polis Daerah Dang Wangi juga sudah membuat perbandingan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan mendapati cap jari mangsa tidak mempunyai sebarang rekod menunjukkan dia adalah warga tempatan.

"Selain itu, rekod cap jari yang sama juga tidak mengesan mangsa mempunyai sebarang rekod jenayah berdasarkan sistem rekod jenayah pusat," katanya.

Sumber: BH


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2lYeQIK

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.