Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Kalau Kau Seorang Pemandu, Bacalah. Tak Payah Dan Jangan Lari Wahai Pemandu Malaysia!” Lelaki Dilanggar Lari Dan Dibiarkan Mati Di Atas Jalan Raya.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Kalau Kau Seorang Pemandu, Bacalah. Tak Payah Dan Jangan Lari Wahai Pemandu Malaysia!” Lelaki Dilanggar Lari Dan Dibiarkan Mati Di Atas Jalan Raya..



KALAU KAU SEORANG PEMANDU, BACALAH. TAK PAYAH DAN JANGAN LARI WAHAI PEMANDU MALAYSIA

BELIAU dilanggar lari dan ditinggalkan untuk mati di atas jalan raya. Beliau, Chee Cheong Fun, hanya seorang penjaja bertungkus lumus seperti saya dan mencari sedikit sisa rezeki di tepi jalan untuk menyara anak perempuan berumur 13 tahun, yang mempunyai kecacatan minda dan seorang isteri. 


Satu keluarga yang susah hidup dan menyewa rumah flat di Flat Seroja Puchong. Beliau bukan orang kaya dan beliau telah dilanggar lari. Pemandu terbabit tidak berhenti dan tiada laporan polis yang dibuat. Polis cuba mengesan pemandu terbabit, namun gagal berbuat demikian. 

Wahai tuan/puan dan semua pemandu Malaysia, bayangkanlah kalau kejadian yang berlaku kepada Chee Cheong Fun ini juga berlaku kepada kita, anak-anak kita, kawan-kawan kita, saudara kita. Marilah kita berubah sikap. Kalau terlanggar orang, kita berhenti dan ambil tindakan yang bertanggungjawab. Kita serahkan kepada pihak insuran kita untuk tanggung. 


Kini beliau hanya mampu terlantar sahaja. Isteri tak boleh kerja, anak beliau pula kurang sihat. Tiada insurans claim kerana tiada orang yang mengaku dan bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Isterinya terpaksa merayu dan meminta sedekah setiap bulan untuk menanggung rawatannya. 

Wahai pemandu Malaysia, marilah kita berubah menjadi pemandu yang bertanggungjawab. Setidak-tidaknya kalau kita langgar apa-apa pun, gentlemanlah. Buatlah laporan polis. Biar pihak insurans kita yang tanggung. Tiada guna jika kita beli insurans dan kita cabut lari selepas melanggar orang. Kalau ini adalah ahli keluarga sendiri, macam mana pula kau akan rasa?


Beliau kini terlantar, tak boleh makan, membuang air besar perlu dicebuk orang, makan menggunakan tiub dan kos untuk rawatan seumur hidupnya amat besar. 

Kau boleh lari dari dunia, tetapi di akhirat nanti kau akan tetap dituntut. Jadilah seorang pemandu yang bertanggungjawab. Ubahlah sikap kita, jadilah pemandu yang bertanggungjawab. 

Ini hari dia, hari kita jangan pula kita yang terlantar nanti dan terkapai-kapai. Biarlah pihak insurans yang selesaikan masalah kita. Terima kasih kerana membaca. 




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2L0nS2S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.