‘Kafein Cegah Botak.’ Ahli Sains Jerman..
BOTAK nampak 'macho' atau tanda individu menghadapi masalah keguguran dan rambut tidak sihat? Ada wanita yang suka lelaki botak, tidak kurang yang rasa malu berjalan dengan jejaka si botak licin.
Apa pun alasan, seseorang mempunyai pandangan tersendiri mengenai definisi botak. Yang nyata, masalah keguguran rambut seperti alopesia androgenetik boleh mengakibatkan botak hingga menjejaskan penampilan seseorang.
Walaupun masalah rambut botak sebelum ini lebih dikenali dalam kalangan lelaki berusia, namun kini ia juga boleh berlaku pada lelaki berusia awal 20-an, termasuk wanita.
Realitinya, keguguran rambut yang normal berlaku antara 50 hingga 100 helai setiap hari, namun jika masalah itu tidak diambil berat, ia boleh berlarutan kepada tahap serius yang menyebabkan rambut kian tipis dan menjadi botak.
Masalah kepala botak yang bermula dengan masalah keguguran rambut dipengaruhi antara lain disebabkan tekanan psikologi yang kronik, tekanan perasaan berpanjangan, kecederaan pada kulit kepala, faktor genetik, jangkitan virus atau bakteria, kehamilan, perubahan hormon dan alahan terutama pada bahan kimia.
Namun, kini masalah itu dapat dicegah andainya rawatan awal diberikan terhadap penjagaan rambut menggunakan khasiat semula jadi terkandung dalam kafein.
Kajian terbaharu dari Institut Dermalogi Universiti Lubeck Jerman mendapati kandungan kompleks kafein dapat merangsang pertumbuhan rambut.
Kuatkan akar rambut
Menurut kajian dijalankan ahli sains Jerman, Dr Adolf Klenk, dari syarikat kosmeseutikal Jerman, Dr Wolff Group, mendapati kafein turut mengandungi vitamin niacin atau B Kompleks bagi menguatkan akar rambut, sekali gus mencegah masalah botak semakin teruk terutama dalam kalangan lelaki.
Menjelas lanjut mengenai manfaat kafein, Dr Klenk berkata, kandungan kompleks kafein terdiri daripada zink dikenali sebagai unsur surih sangat penting terhadap pertumbuhan rambut sihat.
"Banyak faktor meningkatkan produksi dihydrotestosterone (DHT) dalam tubuh seperti tekanan, genetik, hormon dan rangsangan tertentu mengakibatkan masalah keguguran rambut kronik.
"DHT adalah bahan kimia yang dihasilkan hormon testosteron terdapat pada lelaki dan boleh didapati di beberapa bahagian dalam tubuh terutama dalam hati dan kulit (termasuk rambut).
"Jadi, penggunaan kafein kaya dengan nutrisi dan kandungan tenaga bahan kimia aktif dapat merangsang pertumbuhan rambut," katanya ketika sesi taklimat rangkaian penjagaan rambut Alpecin, di Hotel Hilton, di sini, baru-baru ini.
KETUA Penyelidik Kafien dari Pembangunan dan Kajian Kumpulan Dr Kurt Wolff Jerman, Dr Adolf Klenk mengadakan taklimat kesihatan rambut 'Caffeine The Hero In The Fight Againts Hair Loss?' di Hotel Hilton Kuala Lumpur. - Foto Nik Hariff Hassan
Rangsang pertumbuhan folikel
Dr Klenk berkata, manfaat kafein juga tampil sebagai satu penelitian terbaharu dilakukan tahun ini dan sudah terkandung dalam jurnal The International Journal of Dematology.
Katanya, kandungan kafein turut membantu rangsangan pertumbuhan folikel kecil di kulit terutama bagi lelaki mula mengalami tanda botak.
"Tindak balas kafein menyekat zat kimia daripada merosakkan folikel rambut akibat pendedahan DHT terlalu banyak, menjadikannya sebagai bahan semula jadi yang cukup efektif untuk merangsang penghasilan rambut baharu pada kulit kepala manusia.
"Folikel rambut akan menyusut jika DHT beredar terlalu banyak di dalam darah, sehingga rambut menjadi lebih tipis dan tumbuh menjadi tidak normal," katanya.
KAFEIN mengandungi vitamin niacin atau B Kompleks bagi menguatkan akar rambut.
Tumbuh rambut baharu
Katanya, kafein adalah zat semula jadi amat dikenali sejak dulu lagi. Namun, tidak banyak pendedahan mengenai kesannya terhadap pertumbuhan folikel rambut manusia.
"Interaksi antara sumber kedua dalam enzim cyclic adenosine monophosphate (CAMP) penting untuk proses biologikal sel pertumbuhan seperti rambut, sekali gus membekalkan tenaga diperlukan untuk pertumbuhan rambut baharu.
"Hasil kajian mendapati rambut tumbuh lebih cepat dan panjang apabila direndam dalam satu tabung uji mengandungi kafein, sekali gus membuktikan kafein bekerja lebih aktif dalam melawan kesan testosteron menyebabkan rambut gugur dalam kalangan lelaki," katanya.
Minuman berasaskan kopi
Bagaimanapun, kata saintis itu, pengambil minuman berasaskan kopi seperti diamalkan oleh penggemarnya bagaimanapun tidak memberikan kesan yang sama seperti amalan menyapu kafein pada kulit kepala.
"Pengambilan minuman berasaskan kopi tidak memberikan kesan sama seperti penggunaan produk berasaskan kafein.
"Untuk mendapatkan hasil kafein yang sudah diuji itu, anda harus minum 40 hingga 50 cawan kopi untuk mendapatkan dos terapeutik kafein bagi mengembalikan rangsangan sama.
"Kafein yang diminum juga cepat cair dan dikeluarkan oleh tubuh. Malah, pengambilannya secara berlebihan juga akan mengakibatkan peningkatan toksid dalam badan," katanya.
SYAMPU berasaskan kafein untuk mencuci rambut juga penyelesaian terbaharu bagi menangani masalah botak.
Bukan masalah kritikal
Cara yang paling tepat mendapatkan manfaat sapuan bahan itu adalah menerusi penggunaan termasuk syampu, perapi dan serum berasaskan kafein pada kulit kepala.
Dr Klenk berkata, penggunaan syampu berasaskan kafein untuk mencuci rambut juga penyelesaian terbaharu bagi menangani masalah botak pada peringkat awal.
"Kaedah ini tidak mampu diamalkan untuk masalah botak sudah kritikal memandangkan liang folikel rambut sudah tertutup. Ia hanya sesuai dijadikan sebagai langkah pencegahan awal untuk masalah botak.
"Andainya masalah botak sudah lama berlaku, ini bererti akar rambut sudah mati dan sukar untuk kembalikan keremajaannya, sekali gus merangsang kembali penumbuhan anak rambut menggunakan rangkaian produk berasaskan kafein," katanya.
Gaya hidup sihat
Ketika ditanya mengenai cara pencegahan botak, katanya, amalan diet yang sihat dengan tidak mengambil protein dapat mengurangkan punca rambut lemah dan rambut gugur .
Selain itu, amalan gaya hidup sihat juga memberi sumbangan besar dalam mengurangkan kesan botak kian berlaku pada lelaki muda hari ini.
"Masalah ini juga tidak mengetepikan wanita kerana botak boleh berlaku di awal usia 20-an rentetan daripada pelbagai faktor sekeliling dan genetik.
"Botak serius mungkin boleh dialami, terutamanya apabila kulit kepala turut dijangkiti bakteria staphylococcus. Bakteria ini seterusnya boleh mengakibatkan nodus limfa pada leher membengkak dan merah.
"Jadi, jangan ambil mudah terhadap penjagaan mahkota kebanggaan manusia ini, khususnya daripada segi kesihatan dan kebersihannya," katanya.
KEGUGURAN rambut yang normal berlaku antara 50 hingga 100 helai setiap hari.
INFO:
Jenis keguguran rambut
1. Androgenetik alopesia (botak)
Masalah botak ini berlaku pada lelaki. Rawatan doktor amat diperlukan. Ia disebabkan kombinasi tiga faktor iaitu testosteron (hormon lelaki), usia dan faktor genetik
2. Alopesia areata (tompok botak)
Masalah keguguran rambut setempat pada kepala ini tidak diketahui puncanya.
3. Telogen effluvium (keguguran biasa)
Masalah ini boleh berlaku antara dua hingga empat bulan selepas proses kelahiran, demam panas, penyakit, tekanan fizikal atau emosi dan diet tidak seimbang.
Punca keguguran
- Melahirkan anak
- Penyakit tiroid
- Demam, selsema serius
- Protein yang tidak seimbang dalam pemakanan
- Amalan diet yang tidak seimbang dengan tidak memakan protein atau tabiat pemakanan abnormal.
- Pengambilan ubat
- Hormon
- Penggunaan produk
- Genetik
- Tabiat suka menarik rambut
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KTnvdH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment