(VIDEO) ‘Disangkakan Telah Meninggal Dunia.’ Selepas 18 Bulan Hilang Ditelan Ombak, Wanita Minta Pakcik 'Jemput' Di Pantai Melalui Mimpi..
KECOH di Indonesia kisah seorang wanita yang ditemui di pantai selepas diisytiharkan meninggal dunia, satu setengah tahun lalu dipercayai akibat dihanyutkan ombak.
Dia ditemui masih hidup tiga hari yang lalu, di pantai yang sama ketika dia hilang dan memakai pakaian yang sama seperti yang dipakai pada hari kehilangannya, lapor Trinun News.
Nining Sunarsih, 52, sedang bercuti di Sukabumi, Jawa Barat, ketika gelombang kuat menariknya ke laut dalam kejadian di Pantai Citepus.
Dia dilaporkan hilang pada 8 Januari 2017.
Pada masa itu, saksi di tempat kejadian berkata mereka mendengar wanita itu menjerit dan tangannya terkapai-kapai meminta bantuan, tetapi tiada siapa yang berani terjun ke laut untuk menyelamatkannya.
Operasi mencari dan menyelamat tidak menemui sebarang petunjuk, sehinggalah seminggu selepas kejadian tragis itu, mayat ditemui di kawasan tersebut.
Keluarga Nining diminta datang dan mengenal pasti mayatnya. Walaupun dilaporkan keadaan mayat itu agak teruk, saudara-saudaranya yakin ia bukan mayat Nining kerana tiada tanda lahir di bahagian perut selain bentuk kuku yang sangat berbeza.
Disebabkan tiada petunjuk lain, pihak berkuasa mengarahkan ujian DNA dijalankan untuk mendapatkan kepastian.
Mereka membandingkan DNA mayat itu dengan dengan anak lelaki Nining, Wanda dan mendapati ia tidak sepadan.
Namun, disebabkan operasi mencari tidak memberikan sebarang petunjuk dan kemungkinan peluang Nining masih hidup setelah beberapa hari hilang di laut amat tipis, pihak berkuasa menghentikan pencarian itu dan mengumumkan kematiannya.
Keluarga wanita itu tidak dapat menerima hakikat yang Nining sudah mati sebaliknya percaya bahawa dia masih hidup. Perasaan ini bukanlah sesuatu yang luar biasa, kerana dalam kes seperti ini setiap ahli keluarga akan terus berharap insan kesayangan mereka masih hidup selagi mayat tidak ditemui.
Beberapa hari yang lalu, bapa saudara Nining mendakwa bermimpi tentang wanita itu yang meminta dia mencarinya di pantai di Palabuhanratu, berhampiran tempat dia hilang sejak lebih dari satu setengah tahun yang lalu.
Dia tidak memberi perhatian pada mimpi itu pada mulanya, tetapi selepas mimpi itu hadir beberapa kali, dia akhirnya memberitahu ahi keluarganya tentang mimpi itu dan memutuskan untuk mencari Nining walaupun sudah lama hilang.
Keluarga Nining mula mencarinya pada malam Sabtu, 30 Jun. Kira-kira jam 12 tengah malam Ahad, mereka menemui Nining dalam keadaan terlentang menghadap ke darat dan diselaputi pasir.
Nining masih memakai pakaian yang sama ketika dia dia hilang dan masih memakai sandalnya.
"Sepanjang perjalanan pulang, Nining tak boleh bercakap. Kepalanya panas, kakinya sejuk," kata adik Nining, Elah, 35.
Dia dibawa pulang ke rumah dan dibersihkan, tetapi kerana kelihatan sangat tidak sihat, mereka membawanya ke hospital. Dia kini berada di hospital tetapi doktor mengesahkan bahawa keadaannya stabil dan dia dijangka pulih sepenuhnya.
VIDEO:
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KHBfZM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment