Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) "Saya Sangat Tersentuh Hati Dengan Kesanggupan Ketua Wanita Jasin Mengorbankan Gelang Kesayangannya Untuk Menyumbang Kepada Tabung Bantuan Ikat Jamin Saya."Najib Razak.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) "Saya Sangat Tersentuh Hati Dengan Kesanggupan Ketua Wanita Jasin Mengorbankan Gelang Kesayangannya Untuk Menyumbang Kepada Tabung Bantuan Ikat Jamin Saya."Najib Razak..



Kesanggupan Ketua Wanita Umno Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang mendermakan gelang emas miliknya kepada Tabung Solidariti Bebaskan Najib pada Jumaat mendapat perhatian bekas perdana menteri.

Datuk Seri Najib Tun Razak melalui catatannya di Twitter berkata: "Saya sangat tersentuh hati dengan kesanggupan Puan Zaleha Bujang, Ketua Wanita Jasin mengorbankan gelang kesayangannya untuk menyumbang kepada Tabung Bantuan ikat jamin saya."

Najib memuat naik posting tersebut di Twitter pada Jumaat malam selepas berita mengenai sumbangan Zaleha itu dilaporkan mStar Online pada hari yang sama.


Tweet tersebut diulang kicau (retweet) sebanyak 1,052 kali dan mendapat 2,879 tanda suka (likes).

Sementara itu, Zaleha berkata, beliau berasa terharu di atas ucapan tersebut kerana amat menghormati bekas pemimpin negara itu.

"Saya mahu ucapkan terima kasih sebab Datuk Seri Najib dapat tulis tweet begitu.

"Apa yang saya lakukan adalah sebagai tanda hormat kepadanya yang membuatkan saya dapat menikmati kemakmuran negara pada zaman pemerintahan beliau," katanya kepada mStar Online ketika dihubungi, Sabtu.

Paparan skrin daripada klip video Zaleha ketika menyerahkan gelang emas miliknya yang dimuat naik ke laman Facebook pada Jumaat.

Walaupun tindakannya mendermakan gelang emas itu meraih pujian orang ramai, namun tidak kurang juga terdapat pihak yang menghentam inisiatif tersebut.

Namun, Zaleha enggan mengambil hati kecaman yang dilemparkan kepadanya kerana menganggap ia lumrah apabila seseorang ingin melakukan kebaikan.


"Ada yang cakap baik saya bantu orang Syria, Palestin dan Rohingya. Ya, saya sudah pernah bantu mereka.

"Jadi ini adalah hak peribadi jika saya ingin membantu sesiapa sahaja, saya bukan membantu Datuk Seri Najib seorang," katanya yang berharap ia dapat membuka mata pihak yang didakwanya telah menganiayai ahli Parlimen Pekan itu.

Image result for Datuk Zaleha Bujang mendermakan gelang emas miliknya kepada Tabung Solidariti Bebaskan Najib

Tambah Zaleha, beliau menyasarkan kira-kira RM10,000 dapat dikumpulkan daripada kesemua 89 cawangan Umno Bahagian Jasin dan wang sumbangan itu akan diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab ke atas tabung tersebut, Sabtu.

mStar Online pada Jumaat melaporkan, Tabung Solidariti Bebaskan Najib yang diwujudkan oleh Pemuda Umno Wilayah Persekutuan sudah pun mengumpul kutipan berjumlah RM86,282 setakat petang Jumaat.


Atas inisiatif itu, Zaleha turut mendapat inspirasi bagi membantu bekas perdana menteri itu dengan menyerahkan seutas gelang emas miliknya untuk didermakan kepada tabung itu.

Related image

Selain gelang, Zaleha turut menyumbangkan sejumlah wang tunai untuk tabung berkenaan. Namun, dia tidak mahu mendedahkan jumlah sumbangannya itu.

Mengulas mengenai sumbangan barang kemas, dia mengambil pendekatan itu bagi mengikut jejak langkah kumpulan wanita zaman dahulu yang sanggup mendermakan barang kemas mereka dalam usaha menuntut kemerdekaan negara.

VIDEO:





✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KGW33E

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.