Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nak sewa bilik? Hadamkan ini dulu supaya tak menyesal kemudian hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nak sewa bilik? Hadamkan ini dulu supaya tak menyesal kemudian hari

Tok percaya, ramai graduan hari ini yang baru dapat kerja di sekitar bandar utama seperti Kuala Lumpur, pastinya meletakkan bilik sewa sebagai pilihan utama.

Dan kebanyakkan dari kita tak pernah peduli pun tentang hal-hal atau benda yang patut tahu sebelum nak sewa bilik ni. Yelah, bilik sewa je kot. Apa nak kecoh, kan?

Tapi, awas. Dah banyak kes yang berlaku kebelakangan ni. Dalam gambar tengok cantik, tapi bila dah tengok depan mata, Nauzubillahiminzalik.

Ada juga yang bila dah siap sign agreement semua, baru rasa menyesal sebab jauh dari tempat kerja. Ini benda paling tak boleh terima.

Tok nak share sikit sebanyak panduan untuk korang yang nak sewa bilik tu.

#1: KETAHUI HAK KALIAN SEBAGAI PENYEWA

Semestinya, kita sebagai penyewa mempunyai hak, sebagai seorang pelanggan. Yelah, korang yang keluarkan duit kan?

“Sebagai seorang penyewa, korang berhak mempersoalkan apa saja perkara berkaitan dengan bilik yang bakal korang sewa tu termasuklah keadaan fizikalnya.”

Kalau dalam gambar yang dihantar tak seindah realitinya, cabut je lah. Tuan bilik sewa tak ada hak langsung nak halang korang.

Itulah pentingnya pergi tengok dulu, baru buat agreement.

Jangan dah buat agreement (sebab tengok dalam gambar cantik) dulu baru nak pergi tengok. Itu memang silap koranglah!

Sekiranya tuan bilik sewa gagal penui tuntutan perjanjian bersama, jangan takut nak bangkitkan kepada tuan empunya. Berbincang dengan baik, dan pada peringkat ni sangatlah memerlukan kesefahaman dan tingkat pertimbangan yang tinggi antara kedua belah pihak.

Toleransi adalah kunci.

#2: BUAT SURVEY DULU SEBELUM CONTACT TUAN BILIK SEWA

Sebelum korang hubungi tuan bilik sewa tu, buatlah kajian dulu sikit.

Usha dulu lokasi, jarak dari tempat kerja, berbaloi ke tak lepas ambil kira kos minyak setiap hari dan kalau ada pengangkutan awam, itu kira bonuslah untuk korang.

Tapi ingat, selalunya bilik sewa yang berdekatan dengan pengangkutan awam ni kadar harganya lebih tinggi berbanding tempat lain.

Tapi terpulang kat koranglah, ukur baju di badan sendiri. Kalau kerja sebagai CEO syarikat takpelah jugak nak demand bilik taraf 5 bintang bagai.

Dekat internet bersepah iklan-iklan sewa bilik, bergantung atas kebijaksanaan koranglah nak pilih yang mana.

Tapi kalau ada kenalan yang boleh berhubung secara terus dengan tuan bilik sewa lagi baik dan sangat disarankan.

Rujuk juga pasaran semasa untuk kos bilik sewa di tempat yang korang dah pilih tu.

Bukan apa, bagi mengelakkan ditipu tuan bilik sewa yang letak harga tak masuk akal langsung. Bandingkan harga yang korang dapat dengan tuan lain di kawasan yang berhampiran.

Ini korang kena hati-hati, jangan mudah terpedaya dengan kata-kata manis tuan bilik sewa, yang pastinya umpama bait syair yang disusun dari syurga.

#3: COUNTER TUAN BILIK SEWA PEMBULI

Bila kedua pihak dah capai persetujuan bersama, pada peringkat awal korang menyewa tu mestilah semuanya tak ada masalah bukan?

Biasalah, masing-masing masih cuba tunjukkan sikap yang baik, terutamanya tuan empunya bilik sewa untuk pastikan korang tak lari.

Tapi banyak juga kes lama kelamaan, tuan empunya bilik mula tunjukkan belangnya sikit demi sedikit. Minta duit sewa lebih awal lah, taknak bertanggungjawab terhadap apa-apa isu seperti keselamatan kawasan sekitar dan sebagainya.

Itu belum lagi ada yang sampai suruh korang keluar sebab ada penyewa lain nak masuk. Aik? Boleh pulak sesuka hati minta kita keluar? Padahal kita bayar kot.

Jangan terkejut ye tuan-tuan. Kes sebegini semestinya pernah berlaku atas alasan tuan rumah rumah tu nak utamakan kenalan dia yang nak menyewa tapi bilik lain dah penuh, jadi dia mintak korang keluar sebab nak bagi kenalan dia duduk.

Pelbagai alasan digunapakai, atau tuan rumah tu tak suka korang.

Suka ke tak, secara moralnya dia tak patut sama sekali nak halau korang keluar melainkan korang ada melanggar perjanjian, lambat bayar sampai tertunggak 2-3 bulan, itu tok tak dapat tolonglah. Memang salah korang sendiri.

Dan ini bahagian yang paling pedih, untuk masa sekarang undang-undang di negara Malaysia belum meliputi hak penyewa in case korang kena halau. Sedih kan?

Perkara ni membawa maksud, kalau korang kena halau sekalipun, korang tak ada saluran untuk lawan balik dan belum ada peruntukan yang melindungi hak penyewa sebagai contoh kes penyewa bilik yang kena halau tadi tanpa alasan yang munasabah.

Ya, kenyataannya begitu. Pahit untuk ditelan apatah lagi nak dihadam.

Nak selamat? Baca dulu agreement sebelum menyewa

Tapi, korang jangan risau.

Sebab tu Tok pesan, baca dan semak dulu agreement dengan tuan sewa bilik tu. Kalau korang nak elakkan perkara macam ni, buat satu lagi hitam putih.

Kalau tuan sewa setuju dengan permintaan rasmi korang, baguslah.

Tapi kalau tak setuju, pandai-pandailah korang buat pertimbangan sendiri.

Itu sebab pentingnya jalinkan hubungan mesra dan baik dengan tuan empunya bilik. Bila dah rapat Tok yakin benda macam ni takkan berlaku.

Ini tak, dah la liat nak bayar sewa, keluar kerja pagi balik malam terus duduk bilik tak berdunia dengan orang.

Sekurangya tegur-tegurlah tuan bilik sewa tu, ajak ngeteh sekali ke lewat malam, ajak lepak mamak ke, ajak main PUBG ke, kongsi tips nak pick item Mobile Legend ke,

Bergantung atas kreativiti korang dalam membentuk hubungan sosial yang baik dengan tuan empunya bilik sewa.

Tapi kalau tuan sewa bilik tu memang kerek, walaupun korang dah cuba sehabis baik untuk beramah mesra, lebih baik korang sediakan hitam putih untuk tuan rumah tu untuk tidak halau korang selagimana tidak melanggar perjanjian sewa.

Natijahnya, setiap dari kita akan melalui lapisan fasa kehidupan yang mempunyai jalan cerita berbeza tapi pastinya diwarnai dengan kisah perih dan gembira sepanjang perjalanan.

Permulaan kerjaya korang yang merantau tu mesti banyak terselit kisah-kisah semasa di bilik sewa samada baik atau buruk. Untuk yang bujang tu, korang kena teliti, fokus dan buat pertimbangan sewajarnya semasa nak sewa bilik tu.

Jangan main redah je ok?

Tok akhiri topik kali ini dengan bait lirik lagu berjudul “Wajah Rahsia Hati” dendangan penyanyi tersohor tanah air, Fauziah Ahmad Daud.

Dalam kehidupan ini
Yang terindah
Melalui usia remaja
Senda gurau suka duka
Sering berganti
Meninggalkan kesan abadi
           ( korus )
Oh berdebar-debar hati nya
Kali pertama bertentang mata
Inilah pengalaman
Harus ditempuhi tiap insan

The post Nak sewa bilik? Hadamkan ini dulu supaya tak menyesal kemudian hari appeared first on GilaHartanah.com - Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia.



✍ Sumber Pautan : ☕ GilaHartanah.com – Portal pelaburan hartanah no 1* di Malaysia

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KXqMFG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.