Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) "Saya Masuk Umno Selepas BN Kalah, Saya Tidak Dibayar, Jangan Sesiapa Tuduh Saya Ambil Duit, Makan Dedak Atau Sebagainya. Saya Bukan Orang Yang Boleh Dibeli," Ellie Suriaty Ikhlas Sokong Najib.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) "Saya Masuk Umno Selepas BN Kalah, Saya Tidak Dibayar, Jangan Sesiapa Tuduh Saya Ambil Duit, Makan Dedak Atau Sebagainya. Saya Bukan Orang Yang Boleh Dibeli," Ellie Suriaty Ikhlas Sokong Najib..



PELAKON Ellie Suriaty menafikan dia dibayar oleh pihak tertentu berhubung tindakannya menyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak lapor mStar Online.

Image result for Ellie Suriaty

Ellie, 48, menyifatkan sokongan itu bersifat perjuangan untuk menegakkan keadilan tanpa mengharapkan sebarang balasan.


"Apa yang berlaku di mahkamah itu bukan pakatan atau rancangan, semua yang ada di sana ada perasaan yang sama.


Related image

Image result for Ellie Suriaty

Related image

"Kami tidak dibayar, jangan sesiapa tuduh saya ambil duit, makan dedak atau sebagainya. Saya bukan orang yang boleh dibeli," ujarnya.

Ellie membuat penjelasan menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya pada malam Sabtu.


Pada Rabu lalu, Ellie hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memberi sokongan kepada Najib yang didakwa di atas tiga pertuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan salah guna kuasa.

Menerusi video berdurasi 17 minit itu, Ellie berkata, dia mula menyokong bekas presiden Umno itu selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum ke 14 lalu.

Image result for Ellie Suriaty

Katanya, perkara itu didorong perasaan bimbang dengan nasib bangsa Melayu di bawah pimpinan kerajaan baharu Pakatan Harapan.


"Saya masuk Umno setelah kerajaan (BN) jatuh ia kerana saya kenangkan nasib anak bangsa kita nanti.

"Apa akan jadi dengan nasib anak Melayu dan agama Islam," ujarnya.

Dalam pada itu, Ellie juga kesal dengan kecaman netizen yang menuduhnya dengan pelbagai komen negatif terutama menyentuh tentang dirinya tidak menutup aurat.


Ujar Ellie, dia mempunyai alasan berkaitan hal itu.

"Ramai yang kecam kata saya kuat sembang berjuang demi agama, bangsa, negara tapi saya tak pakai tudung. Mereka kecam sedahsyat-dahsyatnya.

"Saya belum menutup aurat kerana masih aktif berlakon dan membawa pelbagai watak yang tidak bertudung," ujarnya. 

VIDEO:




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2KVX4UB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.