Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) “Kalau Kawan Buang Puntung Rokok Pun Saya Pergi Kutip. Biar Dia Malu Dan Tak Akan Buat Lagi,” Syed Sadiq Balas Kritikan Dan Tuduhan Netizen Kutip Sampah Yang Dilakukannya Sebagai Lakonan.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) “Kalau Kawan Buang Puntung Rokok Pun Saya Pergi Kutip. Biar Dia Malu Dan Tak Akan Buat Lagi,” Syed Sadiq Balas Kritikan Dan Tuduhan Netizen Kutip Sampah Yang Dilakukannya Sebagai Lakonan..


Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan tindakan beliau mengutip sampah selepas perlawanan akhir Final FA bukanlah kali pertama dilakukannya.

Image result for Syed Saddiq kutip sampah

Syed Saddiq berkata, bagi mereka yang mengenalinya, beliau sering mengutip sampah kerana tidak suka melihat orang ramai membuangnya merata-rata.


“Saya pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata. Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan berlaku hanya sekali. 

“Kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip. Biar dia malu dan tak akan buat lagi,” kata Syed Saddiq menerusi statusnya di Twitter pada Ahad.


Beliau berkata demikian bagi membalas satu kritikan yang menyifatkan tindakannya itu sekadar ‘berlakon’ dan menunjuk-nunjuk bagi meraih perhatian rakyat.

Image result for Syed Saddiq kutip sampah

Sebaliknya, Syed Saddiq yang juga ahli Parlimen Muar ini menggalakkan semua pihak untuk melakukan perkara yang sama demi kebaikan bersama.

“Ia bukan sesuatu perkara yang negatif, mengapa tidak kita melakukan perkara yang sama,” tambahnya.


Menerusi video yang tular di media sosial, Syed Saddiq yang menyarungkan jersi Harimau Malaya kuning berjalur hitam, dilihat mengutip sampah di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur selepas tamat perlawanan Piala FA, Sabtu malam.

Jika sebelum ini, dengan membawa plastik hitam, penyokong berbaris sambil mengutip sampah dan hanya meninggalkan tempat duduk mereka sebaik bersih, selepas menyaksikan perlawanan Piala Dunia di Rusia. 


Bagaimanapun, kehadiran Syed Saddiq di Stadium Bukit Jalil bukan sekadar untuk mengutip sampah semata-mata, tetapi turut bersama puluhan ribu penyokong bola sepak bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Selangor dan Pahang.

Image result for Syed Saddiq kutip sampah

Pahang merangkul kejuaraan Piala FA buat kali ketiga setelah menewaskan juara lima kali, Selangor, 2-0.

VIDEO:



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2J7NGrZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.