Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apa yang Anda Perlu Lakukan Jika Dipatuk Ular? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apa yang Anda Perlu Lakukan Jika Dipatuk Ular?

Bagaimana cara agar selamat @ tidak mati jika digigit ular berbisa? Baca dan ingat sebagai panduan. Malang tidak berbau.

Kebanyakkan ular akan menyerang hanya bila terasa dirinya terancam. Meskipun dengan secara tidak sengaja contohnya anda ‘ter-tumpang lalu’ di hadapannya.

Bisanya memudaratkan dan boleh membunuh (bergantung pada jenis).

Berita baiknya, daripada lebih 140 spesis ular di Malaysia hanya 17 yang dikenalpasti berbisa.

Ya, risiko tetap ada…

Baca post ini sebagai persediaan (minta dijauhkan) sebarang kemungkinan ianya terjadi pada anda.

Apa yang anda perlu lakukan?

Berikut merupakan perkara penting yang kita harus ingat. Jika dipatuk ular…

1. Bawa bertenang & Jangan Panik

jika digigit ular jangan panik

Memang susah untuk bawa bertenang jika dipatuk ular. Tindakan spontan yang selalunya dibuat adalah: Balas dendam, bunuh ular tersebut atau larikan diri untuk dapatkan rawatan secepat mungkin.

Jangan…

Tindakan tersebut akan menyebabkan degupan jantung akan bertambah sekaligus menyebabkan aliran darah dalam badan menjadi lebih cepat.

Ini akan membuatkan bisa merebak ke bahagian dengan lebih cepat dan kesannya lebih buruk.

Cuba tarik nafas panjang dan dalam untuk tenangkan diri

2. Jauhkan diri dari ular tersebut

Dalam keadaan tenang perlahan-lahan jauhkan diri daripada ular tersebut. Pastikan anda tidak membelakangi ular tersebut sewaktu beralih.

Jangan buang masa untuk cuba membunuh ular tersebut. Risikonya lebih besar.

Jika terdapat orang lain berdekatan minta pertolongan untuk menjamin keselamatan anda. Terdapat ular yang jenisnya agresif.

3. Ingat ciri-ciri ular tersebut

Perhatikan dan ingat ciri-ciri ular tersebut. Kalau sempat tangkap gambar sekali. Antara ciri-ciri yang perlu dikenalpasti adalah:

  • Berapa panjang
  • Tebal badan
  • Warna yang terdapat pada badan ular
  • Bentuk spesifik yang terdapat pada badan ular
  • Bentuk kepala ular
  • Jika dapat lihat bentuk matanya – bulat atau merata (sepet)

Atau minta bantuan orang berdekatan untuk mengenalpasti mengambil gambar ular tersebut.

Ini akan memudahkan pihak yang merawat anda nanti menentukan rawatan @ ubat yang terbaik untuk anda.

4. Hubungi pasukan kecemasan @ dapatkan rawatan kecemasan

Setelah berada dikawasan yang selamat hubungi pasukan kecemasan.

Berikan mereka butir-butir ular tersebut agar mereka dapat menentukan rawatan @ ubat anti-venom yang terbaik untuk anda.

Jika terdapat orang lain berdekatan minta bantuan mereka untuk menghubungi pasukan kecemasan – termasuk pasukan bomba sekali untuk menguruskan ular tersebut jika masih di tempat kejadia.

Jika anda terpaksa pergi mendapatkan rawatan kecemasan sendiri, minta bantuan orang lain untuk membawa anda – mengangkat, memapah, mengendong dan sebagainya yang sesuai.

Dan ketika menunggu rawatan sampai @ dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan:

5. Pastikan kedudukan bekas gigitan lebih rendah dari aras jantung anda

Ini untuk mengurangkan kadar peredaran darah yang boleh membawa bisa tersebut ke kawasan lain dalam badan anda.

6. Kurangkan pengerakan bahagian yang digigit

Juga untuk mengurangkan kadar peredaran darah yang boleh membawah bisa tersebut ke bahagian lain.

Salah satu cara untuk mengurangkan pengerakan jika digigit bahagian tangan atau kaki adalah dengan memasang anduh (ikatan untuk patah tulang). Jangan ketat.

7. Biarkan bekas gigitan berdarah

Bisa ular selalunya mengandungi antikoagulan yang mana menyebabkan darah susah berhenti. Ini untuk memastikan bisanya diedarkan dengan baik pada mangsa gigitannya.

Biarkan ia mengalir…

Melainkan darah yang keluar terlalu banyak (gigitan pada arteri) dan bokeh menyebabkan risiko kehilangan darah.

Dalam kes seperti ini tutup bekas gigitan dengan kain bersih (tanpa ubat) dan berikan sedikit tekanan untuk menahan darah keluar.

Kekurangan darah membawa risiko yang sama – Jantung berdegup lebih cepat mengepam darah dan membawa bisa ke bahagian lain.

Apa yang anda TIDAK harus lakukan

Sama pentingnya dengan apa yang anda patut lakukan. Mungkin selama ini dalam anggapan anda perlu dilakukan.

Sila baca dengan teliti…

1. Jangan Cuba menghisap Bisa

Ini menjadikan keadaan menjadi lebih teruk.

Orang yang menghisap bisa tersebut berisiko besar untuk menjadi mangsa ke-2.

Bisa boleh meresap masuk ke dalam badan si penghisap melalui membran dalam mulut (dan luka-luka kecil).

Dalam masa yang sama memindahkan bakteria dari dalam mulut ke luka gigitan tadi.

Mungkin selama ini pada anggapan anda (selalu muncul dalam mana-mana cerita) jika digigit ular hisap bisa keluar dengan mulut.

Gigitan ular sama seperti anda dijarum dihospital. Sekali ia masuk melalui cara ini adalah mustahil untuk ditarik keluar dengan menggunakan hisapan mulut manusia.

Ia akan terus meresap masuk kedalam sel-sel dan kapilari darah.

Jika berjaya ditarik keluar pun sebahagian besar bisa masih dalam badan mangsa.

Melainkan anda buang kesemua bahagian yang digigit dan ini bukanlah pilihan yang terbaik.

2. Jangan Cuba melukakan Kawasan Gigitan

Dengan tujuan agar memudahkan proses penghisapan keluar bisa tersebut.

Taring @ gigi ular berbentuk melencong. Lokasi bisa selalunya bukan mengikut luka luaran yang dapat dilihat.

Dan ketika anda mahu memotong kawasan gigitan bisa sudah merebak @ meresap ke kawasan sekitar.

Luka meningkatkan risiko jangkitan kuman dan menjadikan kesan lebih teruk.

3. Jangan letak ais

Ia mungkin melambatkan pengerakan bisa.

Tetapi pada masa yang sama menyebabkan bisa tertumpu pada satu bahagian yang mana boleh menyebabkan kerosakan teruk pada tisu badan.

4. Jangan ikat @ berhentikan peredaran darah

Melainkan anda adalah pakar perubatan dan tahu apa yang anda lakukan.

Ini mungkin sangat bertentangan dengan apa yang anda fahami – ikat untuk menghalang bisa merebak ke bahagian lain.

Contohnya anda digigit di bahagian kaki. Ikat kaki agar bisa tidak merebak.

Tindakan ini menyebabkan bisa tertumpu pada kaki sahaja dan anda mungkin berhadapan dengan risiko kerosakan kekal pada kaki tersebut – tidak boleh digunakan lagi.

Sebaiknya jika terpaksa (rawatan susulan lambat), ikat 2-4 inci daripada bekas gigitan TETAPI jangan ikat terlalu ketat sehingga darah tidak dapat mengalir langsung.

Ikat dengan tujuan melambatkan peredaran darah sahaja.

Info tambahan:

1. Dua jenis bisa ular:

  1. Hemotoxic
  2. Neurotoxic

Bisa Hemotoxic menyebabkan bekas gigitan sangat sakit, perit seperti terbakar. Ia merosakkan tisu badan dan dalam kes tertentu menyebabkan kerosakkan kekal @ bahagian tersebut tidak boleh digunakan.

Bisa Neurotoxic pula kurang sakitnya. Menjadikan badan kebas seperti dibius dan akhirnya pernafasan berhenti.

2. Gigitan ular tidak selalunya berbisa.

Meskipun ular tersebut jenis berbisa.

Gigitan pertama tidak selalunya mengandungi bisa. Kalau ada pun kuantitinya sangat sedikit jika dibanding kan dengan saiz badan anda (manusia dewasa).

Melainkan digigit berkali-kali.

Oleh itu jangan panik dan sila bawa bertenang – jangan lari.

3. Nasihat untuk bersama:

  • Sentiasa jauhkan diri daripada ular dan kawasan berular terutama waktu malam. Jika bersemuka lebih baik mengalah.
  • Lindungi kaki dengan kasut dan seluar panjang jika melalui kawasan semak @ gelap.
  • Bunyikan tapak kaki jika terpaksa melalui kawasan semak @ gelap untuk menghalau ular
  • Jangan sesekali memasukkan tangan ke dalam mana-mana lubang gelap (termasuk kotak) dan ruangan sempit seperti lubang kayu dan celah-celah batu.
  • Jauhkan diri dari ular yang telah mati. Ia masih berbisa dan tindakan otot relfeks untuk mematuk masih berfungsi.
  • Pastikan kawasan tempat tinggal anda dibersihkan.
  • Sentiasa perhatikan keadaan persekitaran anda – atas, bawah…
  • Binatang peliharaan seperti kucing @ anjing sangat membantu mengurangkan risiko.
  • Dan ular BUKAN binatang (reptilia) yang sesuai untuk dijadikan peliharaan… Ini serius..

Kongsikan untuk kebaikkan bersama.

The post Apa yang Anda Perlu Lakukan Jika Dipatuk Ular? appeared first on InfoSantai.



✍ Sumber Pautan : ☕ InfoSantai

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OmvYoL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.