Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Video) ‘Saya khatam al-Quran ketika kecil’ – Mahathir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Video) ‘Saya khatam al-Quran ketika kecil’ – Mahathir

PUTRAJAYA – Menceritakan kisah hidupnya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau khatam membaca al-Quran ketika umurnya masih kecil, namun keinginan memahami isu kandungan al-Quran mendorongnya mencari makna kitab itu ketika usianya menginjak dewasa.

Menurutnya, beliau kemudian membaca al-Quran dalam bahasa mudah difahaminya iaitu bahasa Melayu dan Inggeris bagi mengelakkan beliau salah mentafsir kandungan kitab suci umat Islam itu.

“Saya khatam masa saya kecil dalam bahasa Arab, saya tak faham. Bila dewasa, saya nak tahu lebih lanjut tapi kalau saya tanya orang yang mungkin fasih dalam bahasa Arab, pendapat mereka selalunya berlainan.

“Malah mereka larang kita cuba fahami isi al-Quran, cuma terima apa mereka katakan. Walaupun itu nasihat mereka, saya tetap baca al-Quran dalam bahasa yang saya faham, bahasa Melayu dan Inggeris. Bila baca sendiri, jarang terdapat kelainan tafsiran atau terjemahan. Biasanya semua edisi al-Quran tu sama,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Sinar Harian, di pejabatnya, semalam.

Mengakui manusia sentiasa mempunyai ‘kecacatannya’, Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau cuba mengikut segala ajaran Islam dalam al-Quran namun mengakui manusia tidak begitu sempurna.

“Saya manusia, manusia tak pernah tak cacat tapi saya cuba amalkan ajaran Islam dalam al-Quran. Tak jadi masalah kalau kita balik kepada al-Quran, banyak panduan ada di dalamnya. Kita akan jadi manusia berjaya, kita dapat selamatkan agama kita, selamatkan umat Islam dan negara mereka,” katanya.

Dr Mahathir turut menyarankan sistem pendidikan negara menyemai ajaran Islam kepada anak-anak supaya mereka memiliki nilai hidup dan cara Islam.

Selain sekolah, katanya, ibu bapa juga perlu memainkan peranan, namun mungkin kerana kesibukan bekerja, mereka kurang memberi perhatian.

Hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub; Timbalan Pengerusi Karangkraf, Datuk Muhammad Nasir Hamzah dan Ketua Unit Penerbitan al-Quran dan Pengurus Hal Ehwal Agama Karangkraf, Ahmad Yani Abd Manaf.

 

Sumber :
– https://ift.tt/2LqEBzY

 



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LTzhlu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.