Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bagi balik duit! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bagi balik duit!

Kajang: Tidak berpuas hati dalam urus niaga pembelian telefon bimbit menyebabkan seorang lelaki bertindak gila menyerang dan memukul pekerja kedai alat telekomunikasi itu dengan topi keledar serta meja di sebuah pusat membeli-belah, Jumaat lalu.

Dalam kejadian jam 7 malam itu suspek ke premis berkenaan dalam keadaan marah sambil menjerit memanggil rakan sekerja mangsa selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan urus niaga pembelian telefon bimbit sebelumnya.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, selain menimbulkan kekecohan, suspek turut mengeluarkan kata-kata ugutan untuk memukul rakan mangsa jika wangnya tidak dikembalikan.

“Mangsa cuba meleraikan keadaan itu, namun suspek bersama seorang rakan bertindak menyerangnya dengan topi keledar yang dibawa menyebabkan mangsa mengalami kecederaan ringan pada bahu dan kepala.

“Susulan risikan dan maklumat orang ramai, suspek berusia 32 tahun itu berjaya ditahan semalam (kelmarin) dan kini direman empat hari sehingga Selasa ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan seorang lagi rakan suspek yang masih bebas giat dijalankan.

Insiden kekecohan yang berlaku itu berjaya dirakam orang ramai yang menyaksikannya menyebabkan video berkenaan tular di media sosial sejak kelmarin.

Video berdurasi 35 saat itu menunjukkan suspek beberapa kali menyerang mangsa menggunakan sebuah meja bulat berwarna putih di depan sebuah kedai telefon bimbit.

 

Sumber :
– https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/360676/bagi-balik-duit



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LGmyFS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.