Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi maut bukan sebab tersedak susu, tapi… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi maut bukan sebab tersedak susu, tapi…

KEMATIAN bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai akibat tersedak susu di Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), Bukit Baru, Melaka, semalam disahkan berpunca jangkitan kuman pada paru-paru.

Ia disahkan hasil bedah siasat oleh pegawai perubatan Hospital Melaka, di sini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, laporan itu diperoleh selepas proses bedah siasat selama kira-kira lima jam yang berakhir pada 1.05 pagi tadi.

Selain itu, katanya, laporan turut mendapati tiada sebarang unsur jenayah mahupun akibat tersedak susu seperti yang didakwa dialami oleh bayi berkenaan, Yusof Al Baihakki Zainal Abidin.

“Kematian bayi itu adalah disebabkan jangkitan kuman pada paru-parunya.

“Pegawai perubatan akan meneliti rekod perubatan bayi berkenaan bagi mengenal pasti jika dia mempunyai masalah kesihatan sebelum ini,” katanya pada sidang media di Ayer Keroh hari ini.

Afzanizar berkata, bagaimanapun pihaknya masih menunggu laporan perubatan lalu bayi itu daripada doktor yang menjalankan bedah siasat.

“Rakaman percakapan daripada ibu bapa bayi terbabit akan dilakukan sejurus mereka pulang dari Kelantan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Harian Metro semalam melaporkan, kejadian yang menimpa bayi berkenaan hanya disedari guru TASKA terbabit 11.45 pagi, semalam selepas mendapati muka bayi itu bertukar kebiruan.

Bapa bayi itu, Zainal Abidin Deraman yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dilaporkan berkata, anaknya baru dihantar ke pusat asuhan itu sejak Isnin lalu selepas isterinya, Roslina Ismail, 34, kembali bertugas sebagai guru selepas habis berpantang.

 

Sumber :
– https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/361263/bayi-maut-bukan-sebab-tersedak-susu-tapi-metrotv



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NONe4V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.