Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guru maut terjun tingkat lima akibat… - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guru maut terjun tingkat lima akibat…

GURU wanita yang dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan ditemui mati selepas jatuh dari tingkat lima pusat beli-belah di Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian 3.50 petang itu, Liew Kit Mooi, 36, ditemui di kawasan berhampiran laluan kereta pusat beli-belah berkenaan dalam keadaan terlentang oleh orang awam yang kemudian menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby berkata, hasil siasatan awal tidak menemui unsur jenayah di lokasi kejadian dan terdapat saksi yang melihat wanita terbabit terjun dari tingkat lima bangunan berkenaan.

“Pemeriksaan terhadap mayat tidak menemui apa apa elemen berunsur jenayah dan mangsa dipercayai terjun dari tingkat lima dan jatuh terlentang serta meninggal dunia di tempat kejadian.

“Barang mangsa seperti beg duit dan rantai tangan juga tidak terusik,” katanya ketika dihubungi di Ipoh, hari ini.

Menurutnya, saksi kejadian yang juga pengawal keselamatan pusat beli-belah terbabit mendakwa melihat wanita berkenaan di tingkat lima bangunan terbabit dan menegurnya supaya tidak berlegar dikawasan itu, tetapi mangsa kemudian terus terjun.

“Suami mangsa turut hadir ditempat kejadian dan mengesahkan mendiang mengajar di sekolah di Pasir Puteh, serta pernah mengalami kemurungan.

“Difahamkan mangsa yang mempunyai dua anak dan menetap di Pengkalan Tiara, di sini baru minggu lalu mendapat rawatan di hospital dan pada hari ini, selepas tamat sekolah menghantar anak ke kelas tambahan sebelum ke pusat beli-belah berkenaan,” katanya.

Mohd Ali berkata, suami mangsa juga tidak menyalahkan mana-mana pihak dan percaya mangsa mengalami tekanan teruk serta tidak dapat menerima beban kerja yang banyak selepas mengalami kemurungan.

“Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk dibedah siasat yang akan diadakan esok,” katanya.

 

Sumber :
– https://www.hmetro.com.my/utama/2018/07/359582/guru-maut-terjun-tingkat-lima



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LSMwTm

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.