Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Saya tagih kejujuran pengasuh, demi keadilan untuk anak’ – Bapa Naufal Amsyar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Saya tagih kejujuran pengasuh, demi keadilan untuk anak’ – Bapa Naufal Amsyar

MUAR: “Sebagai bapa, saya ralat dengan apa yang terjadi. Kalau disebabkan kecuaian, saya faham. Namun jika sebaliknya, saya minta keadilan untuk anak saya,”.

Demikian merupakan luahan hati bapa bayi malang, Naufal Amsyar Nabil Fikri 10 bulan yang meninggal dunia hari ini selepas dipercayai terjatuh dari buaian di rumah pengasuhnya di Taman Sialang, Tangkak Muar Johor.

Nabil Fikri Anwar, 28 tahun berkata, dia dan isteri kini memberi tumpuan kepada urusan pengkebumian Naufal Amsyar yang mengalami kecederaan parah di kepala termasuk lebam dahi kiri, pendarahan di mata serta tempurung kepala retak.

Menceritakan lebih lanjut, Nabil Fikri berkata, beberapa jam sebelum anak tunggalnya itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), ujian neurologi telah dijalankan dan keputusan perkembangan keadaan anaknya adalah negatif.

Sejurus sahaja mengetahui keputusan itu, Nabil Fikri dan isteri, Noraziqah Rohmat, 23 tahun hanya berserah kepada Ilahi walaupun mengharapkan Naufal Amsyar kembali pulih seperti biasa.

Namun, dia reda apabila anaknya itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 9 pagi dan menerima takdir yang telah ditentukan untuknya dan isteri.

“Kami terima takdir ini dan hanya dapat bersama dengan Naufal Amsyar selama 10 bulan sahaja.

“Saya cuma hendak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Sekarang ini kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk meneliti hasil bedah siasat sekali gus mendapatkan punca apa yang sebenarnya berlaku.

“Saya tidak mahu tuduh atau tuding jari kepada mana-mana pihak. Saya sedia beri kerjasama demi keadilan anak saya,” katanya ketika ditemui di pekarangan HPSF, Muar pada Sabtu.

Nabil Fikri hanya menagih kejujuran dan ketelusan daripada pengasuh anaknya supaya menceritakan perkara sebenar yang berlaku.

Selasa lalu, bayi malang terbabit dimasukkan ke HPSF setelah dirujuk dari Hospital Tangkak apabila terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata selain retak tempurung kepala yang serius.

Naufal Amsyar dipercayai terjatuh dari buaian sebanyak dua kali sebelum ini ketika berada di rumah pengasuh di Taman Sialang, Tangkak.

Ekoran itu, seorang wanita berusia 35 tahun yang juga pengasuh bayi terbabit kini direman polis selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam pada itu, jenazah Naufal Amsyar dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang setelah urusan bedah siasat selesai dilakukan.

Sehingga jam 3 petang ini, proses bedah siasat masih belum selesai.

 

Sumber :
– http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saya-tagih-kejujuran-pengasuh-demi-keadilan-untuk-anak-bapa-naufal-amsyar-181031



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LDqZRL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.