‘Saya bukan nak terjun jambatan pun…’
TINDAKAN pantas orang ramai menggagalkan seorang wanita daripada membunuh diri dengan cuba terjun bersama dua anaknya dari Jambatan Peserai, Batu Pahat, semalam.
Pada kejadian kira-kira jam 1 tengah hari itu, wanita itu yang juga pembantu makmal dipercayai bertindak sedemikian kerana tekanan perasaan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, sebelum kejadian, wanita itu dikatakan memberhentikan kereta yang dipandunya di laluan motosikal serta menyebabkan kesesakan lalu lintas di atas jambatan berkenaan.
“Bagaimanapun, mangsa tidak mengakui ada sebarang niat untuk membunuh diri kerana masih mempunyai dua orang anak yang masih kecil dan mendakwa hanya berdiri di atas jambatan akibat buntu dan berharap suaminya datang ke situ.
“Sehubungan itu, mangsa dinasihati untuk pulang bersama keluarganya terlebih dahulu kerana keadaannya yang masih kurang stabil dan akan dipanggil semula untuk dirakam percakapannya,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, wanita berkenaan menyatakan bahawa dia mengalami tekanan perasaan disebabkan gagal menghubungi suaminya sejak kelmarin dan suaminya bertindak menutup telefon bimbit
“Mangsa juga mengalami tekanan perasaan kerana dimarahi oleh pengetua sekolah melalui telefon ketika mahu menyambung cuti selama sehari dan pengetua berkenaan memarahi suspek dengan perkataan yang kurang sopan,” katanya.
Menurut Abdul Wahib, suspek mendakwa pernah meminta untuk ditukarkan ke sekolah di Batu Pahat, kerana kampung wanita berkenaan dan suaminya di Batu Pahat tetapi permohonan pertukaran berkenaan tidak disokong oleh pengetua.
“Mangsa dan suami juga dipercayai mengalami masalah kewangan kerana suaminya sudah tidak bekerja akibat kemalangan di tempat kerja sejak tujuh bulan yang lalu. Suaminya juga mengalami kecederaan patah tangan akibat terjatuh daripada bangunan ketika bekerja dan kini tuntutan SOCSO suaminya belum diperolehi.
“Masalah kewangan yang dialami menyebabkan wanita itu dihalau oleh pemilik rumah sewa di Johor Bahru kerana gagal membayar tunggakan sewa selama dua bulan sebanyak RM 1,000,” katanya.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai laporan berhubung kejadian yang tular di media sosial.
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NPYWMC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment