Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peruncit bimbang tak mampu penuhi pemintaan kasut hitam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peruncit bimbang tak mampu penuhi pemintaan kasut hitam

KUALA LUMPUR: Persatuan Peruncit Malaysia (MRA) hari ini melahirkan kebimbangan kemungkinan peruncit dan pengeluar di negara ini tidak mampu menampung permintaan terhadap kasut hitam susulan dasar baharu melibatkan pelajar sekolah yang diumumkan Menteri Pendidikan Maszlee Malik.

Sehubungan itu, Presidennya James Loke memohon agar kementerian berkenaan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan sebelum menguatkuasakan dasar baharu tersebut.

Bercakap pada sidang media, beliau berkata ini kerana pengeluar memerlukan masa sekurang-kurangnya setahun untuk merancang pengeluaran bagi tahun berikutnya.

Menurutnya MRA bersedia bekerjasama rapat dengan kementerian berkenaan serta berkongsi pandangan dan saranan mengenai dasar peruncitan.

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Ameer Ali Mydin yang turut hadir berkata dasar tersebut perlu dinyatakan secara bertulis kepada pihak industri bagi memudahkan pemain merancang langkah seterusnya.

“Kami sentiasa menyokong kerajaan dalam apa juga keputusan yang dibuat namun dalam isu ini sebaiknya menteri mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkepentingan termasuk persatuan ibu bapa dan guru.

“Sebaik sahaja semua pihak bersetuju, kementerian boleh keluarkan kenyataan bertulis kepada industri agar kami tahu apa yang perlu dilakukan seterusnya… (sekarang) kami tidak tahu adakah ini kenyataan rasmi atau tidak. Kami mungkin mula membuat tempahan kasut hitam esok,” Ameer Ali yang juga anggota majlis MRA.

Pada masa sama beliau berkata pihak industri juga perlu menanggung kos yang besar memandangkan tempahan kasut putih untuk tahun depan sudahpun siap.

“Kerajaan akan kerugian dari segi cukai jika pihak industri kerugian,” katanya.

Khamis lepas, Maszlee mengumumkan semua pelajar akan menggunakan kasut hitam ke sekolah bermula sesi persekolahan tahun depan, satu keputusan yang dibuat susulan permintaan daripada ibu bapa yang diterimanya sejak menjawat jawatan menteri pendidikan.

Pada Sabtu, Maszlee dilaporkan berkata tempoh kelonggaran selama setahun akan diberikan kepada semua pihak berhubung pelaksanaan pemakaian kasut hitam berkenaan.

Sumber :
– http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/07/23/peruncit-bimbang-tak-mampu-penuhi-pemintaan-kasut-hitam/



✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2NKS1nR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.