“Grab adalah scam, merugikan dan kerja bodoh” – Pemandu Grab
Setelah 4 bulan memandu Grab saya dapati sebenarnya kerjaya ini ialah satu “scam” atau tipu helah yang merugikan SEMUA yang tak pandai mengira, lebih2 lagi yang tak berpandangan jauh.
Saya berdasarkan perhatian saya pada pendapatan $200.00 sehari yang juga memerlukan masa sebanyak 12 ke 15 jam.
Memang kekadang kita boleh mendapat 200 dlm 10 jam tapi itu tidak tetap (constant).
Saya pakai Perodua Axia, manual Transmisson, kereta yang paling jimat minyak.
Sales $200.00
Grab 25% – $ 50.00
Fuel – $ 45.00
Provision – $ 50.00
Installmnt – $ 14.00
Maintnce. – $ 20.00
Misc. – $ 15.00
—————
$ 6.00
—————
Dari pengiraan pendapatan dan perbelanjaan diatas jelas menunjukkan kerjaya ni bukan saja merugikan malah ianya adalah kerjaya yang bodoh….jangan kira INSENTIF dari Grab dalam hal begitu.
Sekiranya kau cuma dapat baki $6.00 sehari daripada pendapatan $200.00 SETELAH 14 ke 16 jam memandu lebih baik kerja kontrak macam budak filipin, setidaknya mereka kerja 8 jam dan bawa balik $80.00
DAN YANG LEBIH PENTING yang ramai tidak perasaan ialah apabila hujung tahun dimana cukai jalan atau roadtax dan insuran perlu diperbaharui, jelas baki $6.00 diatas pun tak cukup, belum kira tukar tayar, absorber, brake dan lain2.
DAN AKHIR SEKALI, untuk mendapat $200.00 memerlukan 300 kilometer pemanduan TIAP2 HARI!!!!!
Kereta yang berjalan 300 kilometer sehari SELEPAS 2 TAHUN bukan sahaja banyak masaalah enjin, suspension dan lain2, malah, susut nilai harga pasaran pun teruk…lagipun kereta yang berjalan 300 kilometer sehari selepas 2 tahun tidak berapa sesuai untuk buat Grab walaupun Grab masih terima.
Ini belum kira kos emotional dan fizikal atau kesihatan pemandu2.
Gantung Kunci
Luahan oleh :
– https://web.facebook.com/joseph.wong.1213986/posts/133812030857357
✍ Sumber Pautan : ☕ MyNewsViral
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LFtyD3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment