Lelaki kecewa wajah 'hias' kotak rokok
Sinar Harian, 25 Julai 2018
KUNINGAN - INDONESIA. Seorang lelaki di Jawa Barat menuntut penjelasan pemerintah apabila wajahnya digunakan sebagai gambar amaran merokok pada kotak rokok.
Dadang Mulya dari Desa Pancalang, berkata beliau kesal apabila gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh pihak berkuasa Indonesia dan perkara itu hanya disedarinya apabila ia mula tular di media sosial.
“Rakan-rakan dan orang kampung datang ke rumah memaklumkan perkara ini. Wajah saya dirakam pada 2012 ketika sedang menyaksikan perlawanan bola sepak.
“Namun, baru sekarang gambar saya muncul di beberapa kotak produk rokok terkenal,” katanya.
Susulan itu, Dadang telah membuat laporan polis kerana berasa malu dan terhina akibat perbuatan berkenaan.
Pada 2013, Presiden Indonesia menandatangani peraturan yang memerlukan kotak rokok menggunakan imej amaran dan bahayanya merokok serta mengharamkan penggunaan istilah ‘sederhana’ atau ‘ringan’ berhubung produk tembakau.
Ia bagaimanapun mendapat tentangan dari kumpulan peladang dan syarikat tembakau. - Sindonews
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AbBBTv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment