Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kes Kevin Morais: Perbicaraan ditangguh, saksi enggan beri keterangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kes Kevin Morais: Perbicaraan ditangguh, saksi enggan beri keterangan

 | July 26, 2018
S Ravi Chandaran, saksi pembelaan ke-6 yang juga saksi pembelaan terakhir sepatutnya menyambung keterangannya tetapi enggan berbuat demikian selepas mengangkat sumpah.
Prosiding yang masuk hari ke-16 itu tidak dapat diteruskan kerana tertuduh tetap tidak mahu menjawab soalan peguam malah mengadu pemikirannya tidak stabil untuk memberi keterangan.

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais di Mahkamah Tinggi di sini hari ini ditangguhkan kerana tertuduh ke-7 enggan memberi keterangan disebabkan pemikirannya tidak stabil.

S Ravi Chandaran, 47, saksi pembelaan ke-6 yang juga saksi pembelaan terakhir dalam perbicaraan kes tersebut sepatutnya menyambung keterangannya tetapi selepas mengangkat sumpah, dia tidak mahu memberi keterangan.

“Saya tidak dapat memberi keterangan kerana pemikiran saya tidak stabil kerana tak cukup tidur dan juga tidak diberi makanan semalam.
“Semalam lepas balik dari mahkamah, saya diasingkan di dalam sebuah bilik tertutup bersama 5 warga asing. Saya tak tidur sepanjang malam kerana mereka asyik berbual dan tidak tidur.

“Sebelum ini saya ditempatkan bersama tertuduh lain dalam kes ini. Semalam lepas balik dari mahkamah, saya tak diberi makanan. Selalu saya diberi makanan lepas balik dari mahkamah,” katanya dalam bahasa Tamil yang diterjemahkan oleh jurubahasa mahkamah.

Hakim Datuk Azman Abdullah kemudiannya memanggil pihak Jabatan Penjara Sungai Buloh untuk mengesahkan perkara itu bagaimanapun tiada wakil dari penjara ketika perbicaraan kes itu.

“Saya tidak boleh berkata apa-apa sebab ia bukan di bawah bidang kuasa saya. Ia adalah di bawah kuasa Jabatan Penjara. Mungkin dia ditempatkan berasingan kerana kenyataannya semalam mengatakan nyawanya dalam bahaya. Saya meminta peguam V Rajehgopal yang mewakilinya meneruskan pemeriksaan utama,” kata hakim.

Bagaimanapun, prosiding yang masuk hari ke-16 itu tidak dapat diteruskan kerana tertuduh tetap tidak mahu menjawab soalan peguam malah mengadu pemikirannya tidak stabil untuk memberi keterangan.

Semalam, Ravi Chandaran dalam keterangan membela dirinya memberitahu bahawa itu mungkin keterangan terakhirnya dan dia tidak pasti sama ada dia masih hidup ataupun akan mati selepas memberi keterangan itu.

R Dinishwaran, A K Thinesh Kumar, M Vishwanath; S Nimalan, Ravi Chandaran, dan doktor tentera Kolonel Dr R Kunaseegaran, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan membunuh Kevin Morais dalam perjalanan dari Jalan Dutamas 1, Sentul ke No.1 Jalan USJ 1/6D, Subang Jaya, antara 7 pagi dan 8 malam, 4 Sept 2015 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dinishwaran, 26; Thinesh Kumar, 25; Vishwanath, 28; Nimalan dan Ravi Chandaran, diwakili peguam Rajehgopal manakala Dr Kunaseegaran, 55, diwakili peguam Datuk N Sivananthan dan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Saiful Edris Zainuddin.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azman Abdullah bersambung esok.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OjW0sA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.