Hi! Welcome Back and Stay Tune! Gempa Lombok: 91 sah terkorban, ribuan rumah musnah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Gempa Lombok: 91 sah terkorban, ribuan rumah musnah

Jumlah mangsa terkorban dikhuatiri terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang musnah teruk masih dilakukan.
Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia menyatakan kawasan yang mengalami kesan teruk akibat gempa ialah di Kabupaten Lombok Utara, Lombok Timur dan Kota Mataram. (Gambar Reuters)
JAKARTA: Seramai 91 orang dilaporkan terkorban setakat ini dalam kejadian gempa bumi di Lombok semalam, yang turut memusnahkan beribu-ribu buah rumah dan bangunan di pulau itu.
Jumlah mangsa terkorban dikhuatiri terus meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat di kawasan yang musnah teruk masih dilakukan pasukan penyelamat.
Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia menyatakan bahawa kawasan yang mengalami kesan teruk akibat gempa itu ialah di Kabupaten Lombok Utara, Lombok Timur dan Kota Mataram.
Ketua Pusat Data Informasi dan Hubungan Masyarakat, BNPB, Sutopo Purwo Nugroho berkata setakat 10 pagi ini semua mangsa yang terkorban itu dikenalpasti sebagai warga Indonesia yang kebanyakannya terkorban di Lombok Utara seramai 72 orang, manakala yang lainnya dicatatkan terkorban di Lombok Barat, Lombok Tengah, Kota Mataram, dan Lombok Timur.
“Kebanyakan mangsa terkorban akibat terkena runtuhan bangunan, setakat ini lebih 200 dilaporkan cedera, dan kini dirawat di kawasan luar atau perkarangan pusat kesihatan atau rumah sakit kerana kondisi bangunan banyak yang rosak, selain kebimbangan berikutan berlaku gempa susulan,” katanya.
Menurut data Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika Indonesia (BMKG), sebanyak 124 gempa susulan bermagnitud rendah, direkodkan berlaku sehingga 6.00 pagi ini.
Gempa bermagnitud pada 7 Skala Richter berlaku pukul 6.46 petang semalam di Lombok Utara, dan turut menggegarkan seluruh pulau Lombok, malah turut dirasai gegarannya di Pulau Sumbawa, Pulau Bali dan Jawa Timur.
Terakhir, gempa di Lombok berlaku minggu lepas (29 Julai), yang bermagnitud 6.4 Skala Richter, dan mengorbankan 17 orang termasuk seorang rakyat Malaysia, Siti Nur Ismawida Ismail.
Sutopo Purwo berkata keperluan mendesak ketika ini di kawasan terjejas gempa adalah seperti keperluan pasukan perubatan, air bersih, makanan dan selimut.
Presiden Indonesia Joko Widodo dipetik agensi berita Antara, melaporkan Presiden Indonesia itu telah mengarahkan usaha bersepadu menyelamat dan memberikan bantuan kepada mangsa gempa dilaksanakan segera oleh pasukan tentera, polis dan agensi berkaitan. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vKz8tY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.