"Saya belajar untuk reda terima ujian ini.." - Hafiz Suip menderita, dilarang dukung anak
Hafiz Suip, seorang penyanyi hebat tanah air namun kini dilihat kurang mengeluarkan lagu baru. Tak seperti dulu yang mana lagu Hafiz Suip sering 'berhantu' dan menjadi siulan orang ramai.
Rupanya, Hafiz Suip kini ada menderita sakit dan sedang diduga.
Penyanyi berasal dari Akademi Fantasia ini akui kini terpaksa redha dengan satu ujian apatah lagi ianya berkait rapat dengan kesihatan dan juga anaknya.
Kisahnya, Hafiz Suip sedang menderita kecederaan tulang belakang sejak tiga tahun lalu sekaligus dilarang untuk mendukung anaknya yang kini berusia tujuh bulan.
Hafiz Suip hanya terpaksa memendam keinginan untuk mendukung anak sulungnya yang bernama Muhammad Riyadh Zafri.
Beliau telah dilarang buat berkenaan sebagai langkah keselamatan, selain mengelak kecederaan dialami berulang, dia dinasihatkan supaya tidak mengangkat dan melakukan kerja berat, termasuk mendukung anak kecilnya.
Ini pendedahan Hafiz Suip melalui temubual dengan Berita Harian:
"Sedih juga tidak dapat mendukung anak yang sudah semakin aktif. Tetapi, saya tidak mahu berterusan bersedih, sebaliknya saya belajar untuk reda menerima ujian ini.
"Alhamdulillah, keadaan kesihatan saya semakin positif selepas mendapatkan rawatan daripada pakar tulang belakang dan menjalani fisioterapi secara berjadual.
"Kalau dulu, sakit menyerang tidak tentu masa, namun sekarang ia lebih terkawal. Saya juga tidak lagi bergantung kepada ubat penahan sakit,"
"Ujian ini saya anggap sebagai peringatan Allah supaya tidak melupakan-Nya. Jangan tunggu sehingga ditimpa sakit berat, baru teringat Allah. Saya terima ujian ini dengan berlapang dada kerana di luar sana ramai lagi berdepan dugaan lebih besar.
Untuk pengetahuan, Muhammad Riyadh Zafri, dilahirkan pada 30 Disember 2017 adalah permata hati sulung Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jesreel Abdullah.
Berbicara penderitaan sakit belakang yang dilalui, Hafiz Suip berkata, walaupun sakit datang, ia sebenarnya tak menghalangnya untuk terus meneruskan kariernya malah masih lagi terus memenuhi undangan nyanyian.
Penyanyi ini turut bersyukur kerana masih diberi peluang menerima job dan yang terbaru beliau dipilih untuk menjadi pengajar dalam rancangan Mentor musim akan datang.
Hafiz Suip meluahkan rasa syukur kerana masih mendapat kepercayaan penganjur dan stesen TV.
Selain Hafiz Suip, Mentor musim baru ini turut membariskan barisan tenaga pengajar yang baru iaitu Datuk Syafinaz Selamat, komposer hebat, Aizat Amdan dan juara Gegar Vaganza, Siti Nordiana.
Sumber: Berita Harian
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vl1MCt
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment