Najib jawab isu harga petrol
Najib jawab isu harga petrol. KUALA LUMPUR 1 Ogos - Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya 'membuka mulut' berhubung isu kritikan harga petrol yang merupakan salah satu senjata digunakan untuk menyerang pentadbiran beliau sebelum ini.
Bekas Perdana Menteri itu dalam luahannya menerusi akaun Facebook menegaskan, pendiriannya mengenai subsidi menyeluruh bagi petrol adalah tidak adil untuk rakyat khususnya golongan miskin.
Beliau memberitahu, kajian kerajaan pada waktu itu menunjukkan golongan berpendapatan tinggi lebih banyak menerima manfaat berbanding miskin bagi subsidi petrol.
“Bagaimanakah subsidi petrol ini dikatakan adil jika lebih memanfaatkan seorang yang kaya memandu sebuah kenderaan mewah setiap hari di dalam bandar yang sibuk berbanding petani di luar bandar yang menunggang motosikal bagi perjalanan dekat atau seorang kakitangan di pejabat yang menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) ke tempat kerja setiap hari dan hanya menggunakan keretanya pada hujung minggu?
“Itulah pendirian saya. Ia sangat tidak adil. Golongan kaya tidak seharusnya menjadi kumpulan 80 peratus yang menerima manfaat daripada subsidi petrol itu,” katanya.
Menurut Najib, penjimatan daripada penamatan subsidi tersebut kemudiannya dapat digunakan bagi menaikkan gaji kakitangan awam rendah, bantuan terus melalui bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) atau bantuan lain kepada golongan miskin.
“Langkah ini lebih adil dan bersasar berbanding subsidi menyeluruh dalam memastikan golongan miskin menikmati kekayaan negara,” jelas beliau. - UTUSAN ONLINE

✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ncR6RE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment