Ini pesan Lokman buat Zawawi selepas kalah PRK Sg Kandis
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Calon BN Datuk Lokman Noor Adam mengucapkan tahniah kepada calon PKR Mohd Zawawi Ahmad Mughni susulan kemenangan PKR di kerusi Dun Sungai Kandis.
Namun, katanya, meskipun telah menang pada PRK berkenaan, PKR perlu menerima teguran rakyat.
"Tahniah kepada Ustaz Zawawi yang telah menang. Namun PH wajar menerima teguran rakyat apabila ramai memboikot PRK Sungai Kandis.
"Sehingga PH hanya berjaya mempertahankan 63.9 peratus undi yang mereka terima semasa PRU14, walaupun jumlah pengundi meningkat dari 50,800 kepada 52,650," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mohd Zawawi Ahmad Mughni diumumkan memenangi kerusi Dun Sungai Kandis dengan majoriti 5,842 undi.
Mohd Zawawi memperoleh 15,427 undi menewaskan saingan dari BN, Datuk Lokman Noor Adam yang mendapat 9,585 undi dan calon Bebas, K Murthy hanya menerima 97 undi.
Perkara itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Kandis, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad sebentar tadi.
Sementara itu, peratusan keluar mengundi dicatatkan 49.4 peratus.
(ARTIKEL BERKAITAN: Sungai Kandis kekal milik PKR]
Dalam pada itu Lokman turut menghargai usaha semua jentera BN Kota Raja, BN Selangor dan yang turun dari seluruh negara.
"Tanpa kerja kuat sesedara, tidak mungkin kita dapat mengekalkan 83.2 peratus undi BN pada PRU14 lalu," katanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LZZq5j
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment