Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peniaga Berlian Lubnan Dedah Perkenalan Dengan Rosmah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peniaga Berlian Lubnan Dedah Perkenalan Dengan Rosmah


KUALA LUMPUR - Peniaga berlian Lubnan, Samer Halimeh mendedah detik perkenalannya dengan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, lapor Malaysiakini.

Menurut laporan dipetik Free Malaysia Today, perkenalan keduanya bermula melalui acara sosial di Belgravia, London pada tahun 2009.

Samer berkata ketika itu, Rosmah meminta syarikatnya untuk menaja dan mempamerkan barang kemas di sebuah majlis amal.

Syarikat Samer kemudiannya turut membekalkan 'barang kemas VIP' untuk pelbagai acara yang dihadiri Rosmah dan Datuk Seri Najib Tun Razak.


Laporan itu juga menyebut Samer diundang menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Rosmah dan Najib, Nooryana Najwa, tiga tahun lalu.

"Sebab itulah pada 2018, kami amat mempercayai hubungan ini sehingga memberikan barang kemas bernilai 11.5 juta pound sterling kepada Rosmah atas dasar 'cuba sebelum beli'.

"Saya rasa ia (barang kemas) dipesan dengan jangkaan pasangan itu memenangi pilihan raya umum 2018," katanya.

Bulan lalu, Samer melalui Global Royalty Trading SAL memfailkan saman terhadap Rosmah untuk mendapatkan semula barang kemas bernilai kira-kira RM60 juta.

Barangan kemas Rosmah dirampas polis untuk siasatam berkaitan 1MDB. - Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vMwQKT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.