Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tarif kekal, air percuma diteruskan: MB Selangor - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tarif kekal, air percuma diteruskan: MB Selangor

Sinar Harian
Amirudin Shari
Amirudin Shari
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Kerajaan negeri memberi jaminan tiada sebarang kenaikan tarif air dan program air percuma masih dapat diteruskan ketika ini meskipun selepas penstrukturan semula air Selangor.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, berkata, bagaimanapun perkara berkenaan memerlukan penelitian merangkumi pelbagai aspek untuk sebarang keputusan akan datang.

"Buat masa sekarang tiada kenaikan dan kita akan kekalkan program air percuma namun begitu kita akan bertindak mengikut keadaan kemampuan negeri terutamanya dengan kos yang semakin meningkat.

"Saya bagi contoh, kos air percuma RM180 juta setahun ia meningkat berbanding dulu kita hanya berbelanja RM70 juta lebih pada awal dilaksanakan
tapi ketika ini, Alhamdulillah kita masih lagi mampu walaupun kita telah menambah seperti program Peduli Sihat, Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) ," katanya ditemui pada Majlis Penyerahan Lembu Korban di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung kenyataan  Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa rakyat negeri berkenaan membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan kerajaan negeri Selangor pada 2013 berikutan  pengambilalihan Syarikat Pengeluaran Air Sela­ngor Sdn. Bhd. (Splash) oleh Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) dengan harga RM2.55 bilion.

Mengulas perkara itu, Amirudin berkata, isu kos penstrukturan semula air Selangor itu telah berkali-kali dijawab oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, selaku Menteri Besar Selangor sebelum ini di Dewan Undangan Negeri (Dun) dan kepada Abdul Khalid sendiri.

"Kena faham kronologi dari awal. Abdul Khalid menawarkan harga yang lebih tinggi sebelum 'return' pada saat akhir menawarkan RM250 juta jadi kita mahu membeli dan mengambil alih adalah berdasarkan konsep 'willing seller willing buyer' maknanya kalau kita tawar harga rendah dan tidak membeli, akhirnya ia akan tertangguh dan penangguhan selama bertahun-tahun ini adalah disebabkan tawaran yang kurang munasabah

"Kita mengambil berdasarkan daripada penilaian bebas antarabangsa yang dilantik negeri, dan Splash dan akhirnya kita tawarkan harga yang lebih rendah daripada penilaian yang telah dibuat oleh penilai-penilai bebas ini,"katanya.

Abdul Khalid menerusi status yang dimuat naik di Facebook semalam mendakwa tidak terkejut dengan keputusan dicapai dalam isu penstrukturan air di Selangor susulan pemeteraian persefahaman tawaran harga berjumlah RM2.55 bilion antara Splash Air Selangor) semalam.

Khalid berkata, secara dasarnya pengumuman itu langsung tidak membuat beliau terperanjat kerana ia juga antara sebab kenapa dirinya diminta meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor pada 2014.

Dengan  pemeteraian persefahaman itu katanya, menjadikan rakyat Selangor membayar lebih 10 kali ganda dari apa yang ditawarkan oleh kerajaan negeri pada 2013 dan strategi itu bakal memberi peluang kepada pemilik saham Splash mendapat keuntungan serta pampasan yang berlebihan.

Situasi itu dakwa Abdul Khalid bakal membuatkan rakyat menanggung beban dengan kenaikan tarif termasuk beliau percaya program pemberian air percuma kepada semua isi rumah di seluruh Selangor sejak 2008 yang lalu juga akan dikaji semula ataupun dihentikan



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vyJPiQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.