Hi! Welcome Back and Stay Tune! Najib terduduk! Azmin dedahkan dalam parlimen punca Khazanah lingkup yang diuruskan zaman BN memerintah! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Najib terduduk! Azmin dedahkan dalam parlimen punca Khazanah lingkup yang diuruskan zaman BN memerintah!

Najib terduduk! Azmin dedahkan dalam parlimen punca Khazanah lingkup yang diuruskan zaman BN memerintah! Azmin Ali berkata, Khazanah turut mengalami kerugian RM3 bilion dalam pelaburan yang dibuat melalui ekuiti swasta untuk mengambil alih sebuah bank. (Gambar Bernama)
lihat video penuh dibawah



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azmin Ali mendedahkan Khazanah Nasional Berhad membuat beberapa keputusan salah menyebabkan syarikat itu kerugian berbilion ringgit, termasuk pelaburan dalam sebuah syarikat menjual pakaian dalam sebanyak AS$20 juta (RM80 juta).

Menteri hal ehwal ekonomi itu berkata, itu adalah kerugian paling kecil ditanggung Khazanah.

“Saya ada beberapa contoh yang menuntut kita melihat semula peranan syarikat ini, iaitu Khazanah sebelum ini melabur hampir AS$20 juta melalui sebuah syarikat borong atas talian yang menjual baju dalam wanita dan akhirnya pelaburan ini terpaksa dihapus kira. Ini yang paling kecil.

“Ada juga pelaburan yang dibuat melalui ekuiti swasta untuk mengambil alih sebuah bank.
“Oleh kerana perbincangan itu tidak dibuat secara terus dengan bank berkenaan, tapi melalui ekuiti swasta tersebut, sekali lagi pelaburan itu terpaksa dihapus kira sebanyak RM3 bilion,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, hari ini.

Katanya, Khazanah perlu kembali kepada landasan asal bagi memastikan aset strategik negara diuruskan dengan baik.

Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Najib Razak (BN-Pekan) yang mempersoalkan bagaimana kerajaan Pakatan Harapan mendakwa Khazanah menyimpang daripada landasan asal, sedangkan aset syarikat itu melonjak daripada RM33 bilion kepada RM134.5 bilion dalam 10 tahun lalu.

Pada 26 Julai lalu, media melaporkan Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar bersama 8 ahli lembaga pengarahnya meletak jawatan.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara terbuka mengkritik dana kerajaan itu yang diasaskannya pada 1994 ketika pertama kali menjadi perdana menteri.

Dr Mahathir mendakwa Khazanah menyimpang daripada tujuan asalnya dan bertukar menjadi alat kerajaan terdahulu untuk memberi ganjaran kepada ahli politik dan bukan profesional dengan jawatan serta pakej gaji mewah.

Kelmarin, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan Dr Mahathir dilantik pengerusi Khazanah yang baru, menggantikan Najib yang meletak jawatan pada 31 Mei lepas.

Azmin bersama ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Mohd Hassan Marican, bekas timbalan gabenor Bank Negara, Sukudhew (Sukhdave) Singh dan bekas pengarah eksekutif di pejabat pengerusi Suruhanjaya Sekuriti, Goh Ching Yin pula dilantik sebagai ahli lembaga pengarah Khazanah.


✍ Sumber Pautan : ☕ The Viral News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2vACy2a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.