Hi! Welcome Back and Stay Tune! Taman tema tarikan sepanjang masa ke Langkawi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Taman tema tarikan sepanjang masa ke Langkawi

Sinar Harian
Taman tema tarikan sepanjang masa ke Langkawi
Mahathir menyempurnakan majlis perasmian Langkawi Nature Park, hari ini. - Foto Bernama
(Ubah saiz teks)
LANGKAWI - Taman tema dapat menjadi satu lagi produk yang boleh dimajukan di Langkawi untuk menarik lebih ramai pelancong sepanjang masa di pulau tersebut.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pulau ini masih mempunyai keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan bagi memulakan projek seumpama ini dan beberapa syarikat Malaysia sudah menunjukkan keupayaan untuk melaksanakannya.

“Ramai sudah memasuki bidang ini (mengusahakan taman tema) dan mereka telah berjaya mendapat sambutan yang baik,” katanya ketika berucap merasmikan Langkawi Nature Park.

Menurutnya penganjuran acara-acara antarabangsa seperti Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) yang diadakan sejak 1990-an telah berjaya menarik jumlah pelancong yang ramai tetapi ini hanya berlaku dalam beberapa hari sahaja.

“LIMA hanya diadakan untuk empat hari sahaja. Kita mahukan projek pelancongan yang boleh menarik ramai pelancong sepanjang tahun dan ini dapat dilakukan melalui projek taman tema,” katanya.

Sementara itu, Dr Mahathir yang juga Ahli Parlimen Langkawi berkata kerajaan pimpinannya mempunyai beberapa perancangan untuk menarik lebih ramai pelancong ke pulau ini.

Antaranya penyediaan kemudahan untuk produk pelancongan di kawasan pergunungan dan pulau di sekitar Langkawi.
Beliau berkata kawasan paya bakau di sini juga menjadi tarikan yang unik dan perlu disediakan dengan kemudahan yang sesuai untuk membolehkan pelancong menikmatinya.

“Kawasan mangrove (paya bakau) ini akan kita cuba terus kekalkan tetapi kita perlu adakan banyak lagi kemudahan untuk pelancong. Kalau (paya bakau ini) menarik tetapi tidak dapat dilihat, tiadalah gunanya,” katanya.

Dr Mahathir yang diiringi isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, turut dibawa  melawat sekitar kawasan taman itu yang memiliki lebih 80 spesies haiwan dari dalam dan luar negeri. - Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2AHeO24

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.