UTUSAN KECAM MENTERI-MENTERI NAJIB SEBAGAI PENGKHIANAT
MENYELEWENG DEMI UNTUK SURVIVAL
Akhbar Utusan Malaysia yang tersuhur kerana menentang Tun Mahathir habis-habisan sebelum dan sesudah PRU 14 hari ini menunjukan sikap luar biasa dengan U-TURN apabila mengecam keras menteri-menteri yang tidak memberikan nasihat yang sepatutnya kepada Datuk Seri Najib semasa mereka berada dalam kabinet yang padahnya membawa negara ini ke dalam longkang.
Awang Selamat juga menuduh pegawai-pegawai tinggi kerajaan sebagai penderhaka kerana tetap membisu walaupun dikecam oleh Mahathir.
Dalam kecamannya itu Awang Selamat di Mingguan Malaysia hari ini berkata:
” Dalam kontek kedaulatan,Awang hairan di manakah Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Kewangan kedua,Abdul Rahman Dahlan Menteri yang menjaga Unit Perancangan Ekonomi,Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara dan Mohd Irwan Seriga Abdullah sebagai Keua Setiausaha Perbendaharaan dalam pentadbiran dahulu yang dikatakan membiarkan perjanjian berat sebelah dengan China sebagaimana dakwaan Dr.Mahathir?
“Kenapa membenaran pekara ini berlaku yang sepatutnya mereka memberi nasihat untuk memastikan kepentingan dan kedaulatan negara tidak dikompromi dalam mana-mana perjanjian.Ini adalah Pengkhianatan kepada negara sebenar-benarnya.
“Mereka perlu tampil memberi hujah menafikannya dan bukan terus membisu.
“Bagi Awang penderhakaan bukan sahaja mengangkat senjata tetapi juga pembelotan dalam kalangan pegawai tinggi kerajaan yang tidak mengambil langkah menyelamat dan mempertahankan kedaulatan negara.Kita tidak mahu pada akhirnya perjanjian yang melibatkan hutang berbilion-bilion riggit akan menyebabkan negara terpaksa berkompromi dengan negara asiing”.
Akhbar itu akhirnya menegaskan harapannnya agar keberanian Dr.Mahathir mempertahankan kedaulatan dan kepentingan negara ini dapat di contohi oleh semua ahli politik dan penjawat awam.
Tahniah kepada Pengarah Urusan Melayu Datuk Aziz Shekh Fadhil yang berani mengambil alih jawatan ketua pengarang dengan bantuan bekas Ketua Pengarang yang diketahui sebagai bekas orang kuat Anwar Ibrahim(bukanTan Sri Johan Jaafar) demi untuk survival Utusan dan bukan untuk memukul terus gendang perang yang memasukan pasir dalam periuk nasi para wartawan dan pekerja Utusan.
SEMUGA ALLAH MENYELAMATKAN SUARA KERAMAT INI! AMIN
– https://ift.tt/1oI7yHl
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2oerRPm
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Seperti yg saya harapkan, sekiranya Tun M mampu meruntuhkan “Mini Great Wall of China” tanpa berasa gusar dan takut maka “Tembok Besar Pemikiran UMNO Melayu” yg tersesat di era Cash is King harus diruntuhkan oleh Utusan Melayu dgn berkata benar…sebenar-benarnya aspirasi Melayu tanpa dirantai oleh ideologi UMNO yg bukan lagi wadah perjuangan Melayu yg tulen. Utusan Melayu kena berani mengekang ideologi2 sesat UMNO ala Cash is King drp meracuni minda Melayu yg semakin lemah dibuai oleh retorik2 elitis UMNO yg kini sudah semakin sesat.
Saya melihat sekiranya Utusan Melayu berjaya kembali ke landasan roh asal penubuhannya hatta dgn merangkak sekalipun akan bisa dipulihkan dgn sokongan orang2 Melayu yg masih sayangkan wadah keramat ini. Malah dgn membebaskan Utusan Melayu drp kongkongan UMNO dan berdiri atas dasar kebenaran akan menjadi tonik berkesan untuk memulihkan negara sekaligus kembali ke landasan Melayu sebenar yg sedang diperjuangkan oleh pejuang terakhir Melayu Tun M utk bekalan anak cucu kita. Sekiranya saya berkuasa di Utusan Melayu, perkara pertama yg saya akan lakukan ialah menemuramah Tun M dan berbai’ah kembali kepada kepimpinan beliau sebagai pejuang Melayu tiga zaman akan hala tuju yg dimahukan sekaligus menguburkan senjata pena UMNO yg memperalatkan Utusan Melayu demi survival elitis2 UMNO yg hanya memperkayakan diri sendiri. Saya yakin akan ada patriot2 usahawan Melayu yg akan menanam modal supaya Utusan Melayu kembali bernafas demi kesinambungan wadah pemikiran dan aspirasi Melayu terpelihara. Jgn lagi berdiri di atas modal yg ditanam oleh mana2 parti politik jika tidak mahu dirantai lagi.!