Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hakim kes liwat boleh tidur lena, kata Anwar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hakim kes liwat boleh tidur lena, kata Anwar

 | August 26, 2018
Anwar tiada hasrat untuk mengambil tindakan terhadap hakim dalam pensabitan kes liwat.
VIDEO INSIDE
KUALA LUMPUR: Para hakim yang terlibat dalam pensabitan kes liwat “boleh tidur lena”, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerana beliau tiada hasrat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya.

Anwar mengulas kenyataan bekas peguamnya SN Nair yang menggesa siasatan ke atas pensabitan itu kerana Agong memberikan pengampunan penuh kepada bekas ketua pembangkang itu kerana wujud “ketidakadilan”.

Oleh itu para hakim yang mensabitkan kesalahan ke atas Anwar tidak melaksanakan keadilan sebenar mengikut undang-undang dan gagal mendukung sumpah kehakiman, kata Nair.
“Saya tidak bermaksud untuk ambil tindakan terhadap hakim yang lalu, mereka boleh tidur lena sekarang. Tetapi kezaliman dan ketidakadilan mesti diperbetulkan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran buku bertajuk Anwar Returns: The Final Twist” di Hotel Hilton Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai tuntutan berkaitan dakwaan RM9.5 juta dibayar kepada peguam Tan Sri Shafee Abdullah untuk mendakwanya dalam kes liwat 2, Anwar berkata peguamnya sedang membuat permohonan meminta ia dipercepatkan.
“Saya harap mahkamah tidak akan menangguhkan kes ini. Kami akan mengemukakan rayuan susulan keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan sebelum ini,” katanya.
Mahkamah Tinggi tahun lepas membatalkan tuntutan Anwar terhadap kerajaan berkaitan dakwaan Shafee menerima wang itu daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Anwar diberikan pengampunan penuh dan semua tuduhannya dipadamkan dari rekod sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan persekutuan pada Mei
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BQE4Ue

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.