Hi! Welcome Back and Stay Tune! Raja Arab Saudi kesal dengan tindak-tanduk kerajaan PH - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Raja Arab Saudi kesal dengan tindak-tanduk kerajaan PH

Abu Leman
Belum pernah terjadi dalam sejarah negara apabila pemimpin bukan dari kalangan kerajaan diiktiraf dan dijemput ke majlis rasmi kerajaan Arab Saudi, ujar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang menjadi antara jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdul Aziz Al Saud dalam majlis merayakan sambutan Hari Haji di Istana Raja Salman di Mina, Arab Saudi.
Najib turut membongkar kekejaman Kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghalangnya menunaikan haji jemputan khas dari Arab Saudi.
Menurut Najib, kerajaan Arab Saudi juga telah menyediakan pesawat khas untuk membawanya ke sana namun malangnya ketika ini namanya di dalam senarai hitam pihak Imigresen ke luar negara atas arahan Kerajaan PH.
“Saya dengar pesawat Khas Kerajaan Arab Saudi sudah bersedia membawa saya tapi malangnya saya telah disenarai hitamkan oleh pihak imigresen dari ke luar negara.
“Baginda turut kesal terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) hari ini kerana bertindak biadab menutup Pusat Keamanan Antarabangsa King Salman di Putrajaya yang diluluskan saya dulu,” katanya dalam satu kenyataan.
Menyifatkan hubungannya dengan Raja Salman ibarat anak dan bapa, justeru itu katanya segala perancangan yang dibuat sebelum ini akan ditanggung oleh baginda sendiri termasuklah dalam isu memerangi keganasan puak pelampau di negara-negara Asia Barat.
“Beliau turut kesal tindakan kerajaan Malaysia menarik balik pasukan tentera yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di Makkah dan Kaabah ketika zaman saya.
“Meskipun tidak disebut secara terbuka, bagi yang faham senario geopolitik Asia Barat, tentu ramai maklum hubungan kurang mesra (Tun) Dr Mahathir dengan Arab Saudi sejak dulu tiada kesudahan termasuk isu derma RM2.6 bilion untuk menfitnah saya akhirnya kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat ditumbangkan,” katanya
Source: Abu Leman


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2obdpI7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.