Hi! Welcome Back and Stay Tune! Khutbah fitnah PH: PAS saran Amanah kemuka bukti pada majlis agama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Khutbah fitnah PH: PAS saran Amanah kemuka bukti pada majlis agama

Tuan Ibrahim Tuan Man minta Amanah kemuka bukti PAS tuduh PH halalkan LGBT dalam khutbah hari raya kepada Majlis Agama Islam Kelantan.
SHAH ALAM: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyarankan Amanah Kelantan kemuka bukti PAS menuduh Pakatan Harapan “menghalalkan LGBT” dalam khutbah hari raya Aidiladha kepada Majlis Agama Islam Kelantan (Maik).
Timbalan presiden PAS itu berkata partinya tidak akan mengulas isu ini lagi sehingga pihak berkuasa membuktikan kebenaran dakwaan Amanah itu.
“Mereka perlu buktikan kepada Maik terlebih dahulu. Kita tidak akan beri kenyataan lagi,” katanya ketika ditemui di sidang media di ibu pejabat PAS Selangor hari ini.
Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa mengingatkan semua pihak agar tidak menggunakan sentimen agama secara salah, selepas Amanah Kelantan dilapor berkata PAS melalui teks khutbah yang dikeluarkan Dewan Ulama PAS Kelantan menuduh PH bertanggungjawab “menghalalkan LGBT”.
Carian FMT di portal Maik tidak menemui teks khutbah hari raya Aidiladha yang dimaksudkan itu. -FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2oaa3VA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.