Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terima kasih kalau betul tak kena SST: Ka Siong - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terima kasih kalau betul tak kena SST: Ka Siong

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (latest)
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong
(Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR - 'Jika benar Ketua Pengarah Kastam (Datuk Seri T Subromaniam) boleh mengesahkan makanan bayi dan keranda kayu, kedua-duanya dikecualikan daripada cukai jualan berdasarkan semakan terbaru, maka rakyat boleh berterima kasih kepada beliau.'

Demikian ‘sindiran’ Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang membalas kenyataan Subromaniam semalam berhubung isu cukai dikenakan terhadap keranda kayu dan makanan bayi seperti didedahkan baru-baru ini.
Menurut Ka Siong, Subromaniam turut mendakwa kenyataannya mengelirukan rakyat sedangkan maklumat tersebut diperolehi dari senarai yang boleh didapati dalam laman web MySST.

“Peti kayu (tempat simpanan mayat) masih boleh dikenakan cukai 10 peratus. Begitupun, keranda kayu dikecualikan (daripada dikenakan cukai). Hampir semua akhbar Cina melaporkan perkara tersebut.
“Malah, akhbar Sin Chew turut menerangkan perbezaan antara peti kayu dengan keranda,” katanya memetik satu laporan media, hari ini.

Tambah Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, makanan bayi masih boleh dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) sebanyak lima peratus dan ia bercanggah dengan kenyataan Subromaniam semalam.

Menurutnya, bukan sahaja makanan tersebut boleh dikenakan cukai malah pakaian bayi, katil bayi dan permainan bayi juga boleh dikenakan cukai jualan berjumlah 10 peratus.
“Sesetengah makanan bayi seperti biskut penghadaman dan Susu Tepung Kaya Protein juga boleh dikenakan cukai sebanyak lima peratus mengikut senarai dalam laman web itu.

“Jika benar semuanya dikecualikan mengikut kenyataan Subromaniam, ia bermakna usaha saya dan akhbar Cina naikkan isu ini telah membuahkan hasil,” ujarnya.

Baru-baru ini, Ka Siong mendakwa kerajaan akan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap keranda dan makanan bayi.
Begitupun, Subromaniam menjawab kenyataan tersebut dan berkata keranda yang diperbuat daripada kayu serta makanan bayi dikecualikan SST



✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BNCx11

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.