Hi! Welcome Back and Stay Tune! BR1M: Hanya yang layak boleh dapat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BR1M: Hanya yang layak boleh dapat

Sinar Harian
BR1M
(Ubah saiz teks)
SHAH ALAM - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu diteruskan, cuma mekanisme pemberiannya perlu diperbaiki.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Prof Datuk Dr Shazali Abu Mansor BR1M banyak memberi manfaat kepada golongan yang benar-benar memerlukan seperti ibu tunggal, mereka yang tidak boleh bekerja kerana sakit dan lain-lain.
Malah katanya, bantuan ini perlu ditingkatkan lagi jumlahnya.

"Keluarga  yang sangat perlu kita patut bagi  bukan setakat RM800 malah lebih, misalnya ibu tunggal yang ada anak lapan ini seperti yang berlaku di Samarahan.
"Bukan setakat tiada duit nak makan malah terpaksa melalui dialisis lagi, jadi macam mana?," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan akan mengurangkan jumlah BR1M sedikit demi sedikit sebelum ia dimansuhkan.
Katanya, antara mekanisme yang dicadangkan adalah dengan menyalurkan kepada mereka yang benar-benar layak dan miskin.

"Tidak boleh diberi secara pukal, kalau gaji RM4,000 di Kuala Lumpur itu kira susah, lainlah gaji RM3,000 tinggal di Bachok.
"Selain itu kita boleh sediakan mereka 'pengail' agar mereka boleh kerja, bagi latihan," katanya.
Tegasnya, jika kerajaan bertegas juga mahu memansuhkan BR1M kerajaan perlu merencana sesuatu yang lebih baik agar kebajikan rakyat Malaysia terus terjaga.

"Kena tengok cara keseluruhan kebajikan rakyat, pastikan rakyat kita cukup makan, kos kesihatan diambil kira dan anak-anak mendapat pelajaran yang secukupnya," katanya.
Sementara itu menurut, seorang lagi Penganalisis ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai menjelaskan bahawa pemberian  BRIM yang dilaksanakan selama ini merupakan satu mekanisme jangka pendek.

"Ia bukan satu mekanisme jangka panjang untuk bantu golongan berpendapatan rendah.
"Malah telah mewujudkan masalah struktur dalam ekonomi, jadi ia perlu diganti tapi kerajaan kini kata nak teruskan sementara mewujudkan sistem yang lebih baik," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, Barjoyai tidak menafikan bahawa BR1M telah banyak membantu golongan yang memerlukan.

"Kesan serta-merta jika ia diberhentikan ialah pertama dalam jangka pendek BR1M ada beri sumbangan kepada ekonomi dalam bentuk merangsang pertumbuhan ekonomi, sebab apabila wang tunai diberikan kepada pengguna yang berpendapatan rendah mereka akan terus belanjakan.
"Dan ini akan beri kesan berganda kepada ekonomi kerana apabila peniaga  belanja ia akan tingkatkan permintaan dan kemudian tingkatkan pengeluaran dan apabila pengeluaran ditingkatkan banyaklah kesan berganda kepada pembekal, pekerja dan lain-lain tapi itu jangka pendek," katanya lagi.

Jelasnya lagi, sekiranya BR1M dimansuhkan pastilah  kumpulan berpendapatan rendah akan kehilangan sumber.
"Jadi mereka akan hilang satu sumber jadi ia perlu diganti segera dengan cara kemungkinan wujudkan skim bersubsidi atau subsidi makanan kepada kumpulan pendapatan rendah.

"Wujudkan satu skim diskaun kepada kumpulan berpendapatan rendah yang gajinya kurang RM2,500 untuk dapat diskaun menerusi pembelian di kedai tertentu, atau boleh diberikan bentuk lain seperti bantuan persekolahan, pemberian harga khas petrol," katanya.

Mengulas lanjut, Barjoyai berkata, isu pemansuhan BR1M ini bukan satu isu besar kerana pada masa ini jumlah yang diberi adalah sangat kecil berbanding dengan keperluan kumpulan berpendapatan rendah.
"Jadi cuma kumpulan ini terbiasa mereka kata walaupun sedikit sekurangnya ada, sekarang ini perlu ada skim yang lebih baik benar-benar mengeluarkan mereka daripada kancah kemiskinan," katanya


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2MTXHin

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.