Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Mengesahkan Sesetengah iPad Pro TIdak Lurus Sepenuhnya – Tetapi Ia Bukan Kecacatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Mengesahkan Sesetengah iPad Pro TIdak Lurus Sepenuhnya – Tetapi Ia Bukan Kecacatan

Produk-produk Apple semua tahu harganya adalah mahal kerana ia berada dalam kategori produk yang premium. Ramai mengatakan  pengguna produk Apple ini adalah pengguna yang bangsawan. Tetapi, mahal mana atau premium mana pun sesuatu produk itu – ia tidak akan lari dari kecacatan. Dulu, Apple tekenal dengan masalah Touchgate, Bendgate atau yang terbaru Chargegate.

Terkini, Apple mengatakan sesetengah iPad Pro baru yang ditempah pelanggan akan hadir dalam keadaan yang bengkok. Apple mengatakan di mana kesan bengkok ini adalah kesan sampingan daripada proses pembuatan iPad ini. Kesan bengkok ini berlaku semasa proses penyejukan komponen besi dan plastik pada iPad Pro baru ini. Ia tidak akan memberi sebarang impak negatif atau akan menjadi semakin bengkok.

Kebanyakan iPad Pro baru yang bengkok ini dilihat terkesan kepada model dengan sokongan selular, tetapi model WiFi turut dilihat terkesan pada beberapa pengguna. Perkara ini menjadikan pengguna-pengguna iPad Pro baru risau kerana seperti yang semua sedia maklum – iPad Pro baru ini mempunyai masalah tubuh yang mudah lentur. Ini secara tidak langsung menjejaskan identiti Apple yang terkenal dengan produk dengan kemasan hebat, baik dan premium.

Apakah pendapat anda? Adakah ini hanya satu alasan dari Apple atau masalah #bendgate yang terkenal dengan iPhone 6 kembali?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Cpnqt4

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.