Mesin Menaman Padi Swapandu Dilancarkan Di Jepun
Automasi adalah penting di Jepun kerana kekurangan tenaga kerja muda dan meningkatnya warga tua. Jadi tidak mengejutkan pelbagai teknologi automasi dan swapandu kita mula diperkenalkan dalam proses penanaman padi di negara tersebut. YR8D ialah mesin penanam padi swapandu yang dibangunkan oleh Yanmar Agri Corporation.
Ia boleh dikawal menggunakan sebuah tablet dengan sistem swapandu Smartpilot. Data dari satelit GPS atau sistem pemancar lokasi digunakan untuk melakukan penanaman yang tepat. Pihak Yanmar akan mula menjual YR8D bermula Februari 2019 pada harga bermula 3,955,000 Yen (~RM 147,116) sebuah. Harga jualan ini adalah agak tinggi tetapi pihak Yanmar percaya dengan kemampuan ia menanam secara automatik tanpa tenaga buruh manusia, ia dapat meningkatkan pengeluaran.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Gvr20F
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment