Hi! Welcome Back and Stay Tune! MyPay Ingin Memudahkan Pelbagai Urusan Kerajaan Dengan Mudah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MyPay Ingin Memudahkan Pelbagai Urusan Kerajaan Dengan Mudah

Pada hari ini terdapat pelbagai perkhidmatan yang memudahkan pengguna untuk melakukan transaksi. Kini, menyertainya adalah MyPay yang mengkhususkan kepada memudahkan pengguna membuat urusan pembayaran kepada agensi kerajaan dengan mudah.

MyPay Android

MyPay menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dibawah agensi kerajaan dibawah satu hab. Sebaik sahaja pengguna melakukan pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan, ia akan menghimpunkan pelbagai data daripada agensi-agensi kerajaan dan memaparkannya kepada anda dengan mudah.

Antara perkhidmatan yang dipaparkan termasuklah info saman daripada PDRM, saman dari Majlis Perbandaran, info berkaitan cukai jalan daripada JPJ, selain info dari SPR dan beberapa agensi lain. Sekiranya terdapat saman, pengguna turut boleh melakukan pembayaran terus melaluinya – selain untuk cukai jalan anda boleh buat semakan tarikh luputnya.

Untuk makluman, MyPay adalah produk dibawah DAPAT – dimana sebelum ini mereka turut pernah menawarkan pelbagai perkhidmatan kerajaan melalui penggunaan SMS.

Buat masa ini, MyPay masih pada peringkat ujian, dan ia dijangka akan dilancarkan kepada semua pengguna bermula awal Januari 2019 ini. MyPay juga dijangka menambah perkhidmatan seperti KWSP dan sebagainya dibawah mereka dalam masa akan datang.

Anda boleh mencuba MyPay hari ini dengan menggunakan kod jemputan MYPAYPREVIEW

Layari : MyPay



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Buxpfa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.