Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nabila Razali rampas Khai Bahar? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nabila Razali rampas Khai Bahar?


PENYANYI, Khai Bahar terkejut apabila timbul isu membabitkan penyanyi Nabila Razali yang dikatakan merampas dirinya daripada Wany Hasrita.

Khai, 24, atau nama sebenarnya Muhamad Khairul Baharuddin menjelaskan dia dan Wany tidak pernah menjalin hubungan cinta seperti didakwa segelintir peminat.

“Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba saja isu ini timbul. Rasa kelakar juga sebab antara saya dan Wany tidak pernah ada hubungan intim atau bercinta. Begitu juga dengan Nabila.

“Saya pun tak pasti macam mana perkara ini boleh timbul. Diakui kami bertiga memang baik tetapi sebagai rakan artis saja. Tidak lebih daripada itu. Pada masa sama, kami terbabit dalam perlumbaan Toyota Gazoo Racing Malaysia.

“Jangan disebabkan keakraban kami di media sosial dengan memuat naik gambar bersama, orang beri persepsi berbeza dan terus kata ada hubungan,” katanya kepada Harian Metro.

Khai yang kini popular menerusi lagu #123 berpesan kepada peminat agar tidak terlalu mengikut emosi dalam meluahkan sesuatu perkara.

Malah, menurut Khai dia sentiasa mengingatkan peminatnya daripada Khai Bahar Empire (KBE) supaya sentiasa menjaga adab, bahasa dan tingkah laku kepada semua orang.

“Saya pun tak tahu apa tujuan dan niat peminat itu menghantar mesej peribari (DM) kepada Nabila. Sama ada dia bergurau atau sebaliknya.

“Cuma, saya bimbang perkara sebegini akan membuatkan hubungan sesama artis jadi renggang. Tak bagus sebenarnya. Sebaiknya, sebagai peminat perlu sokong kerjaya artis.

“Macam saya selalu pesan kepada KBE supaya berhati-hati kalau nak komen atau berikan pendapat. Saya nak mereka baik dengan semua peminat atau artis,” katanya.

Terdahulu, Nabila menerusi Instagram mendedahkan paparan mesej peribadi seorang peminat yang memaki dan menuduhnya merampas Khai daripada Wany. hmetro.com

✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2SbflxH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.