Firefox 66 Kini Menghalang Audio Dan Video Yang Dimainkan Secara Automatik
Pada hari ini, terdapat beberapa laman web yang menyertakan audio dan video pada halaman web mereka – dan agak menganggu dan mengejutkan pengguna sedikit apabila ia dimainkan secara automatik. Hal ini sangat tidak digemari oleh pengguna, dan sejumlah pelayar web telah mula mengambil langkah untuk mengatasinya.
Terkini, hari ini Mozilla memperkenalkan Firefox 66 yang hadir dengan sokongan untuk menghalang audio dan video daripada dimainkan secara automatik pada sesuatu web. Ciri ini berfungsi secara pintar, dan tidak tertakluk kepada laman-laman penstriman yang sedia memerlukan sokongan berkenaan.
Selain ciri tersebut, Firefox 66 juga akan menyertakan sejumlah ciri-ciri baru yang lain, termasuk sokongan Windows Hello untuk Web Authentication, pelayaran yang tidak diganggu oleh iklan yang perlahan dimuatkan, dan juga kemudahan untuk membuat carian web.
Bagi anda yang menggunakan Firefox, anda boleh mengemaskini pelayar web anda hari ini, dan menikmati ciri baru yang disertakan ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Fn0Jr2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment