Hi! Welcome Back and Stay Tune! Firefox Lite Kini Boleh Dimuat Turun Di Malaysia – Pelayar Web Firefox Yang Lebih Ringan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Firefox Lite Kini Boleh Dimuat Turun Di Malaysia – Pelayar Web Firefox Yang Lebih Ringan

Sejak Android Go diperkenalkan, banyak aplikasi-aplikasi versi yang lebih ringan dilancarkan agar ia menyokong peranti-peranti dengan spesifikasi yang lebih rendah. Selain itu, aplikasi-aplikasi ‘ringan’ ini atau aplikasi-aplikasi ‘Lite’ tidak menggunakan data Internet yang banyak.

Terkini, Mozilla turut sertai trend ini melalui Firefox Lite. Ia adalah pelayar web Firefox untuk telefon pintar yang lebih ringan. Pada awal pelancaran, pelayar web ini hanya terhad di China, Indonesia, India, Filipina, dan Thailand. Kini, pengguna di Malaysia sudah boleh memuat turun pelayar web ini.

Kelebihan Firefox Lite ini bukan sahaja daripada penjimatan data Internet, tetapi juga menjimatkan saiz pemasangan pada peranti – ia hanya bersaiz 4MB. Dalam pada itu, pelayar web ini turut menawarkan ‘Turbo Mode’ untuk menawarkan pengalaman melayari web dengan lebih pantas. Ciri-ciri lain dalam Firefox versi penuh turut kekal dalam Firefox Lite seperti, menghalang iklan, privasi dan sekuriti, anti-penjejakan, muat turun laman web dan banyak lagi.

Muat Turun Firefox Lite Di Google Play Store



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Y91Gun

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.