Spesifikasi Samsung Galaxy A40 Tertiris Dengan Skrin 5.9″ Dan Cip Exynos 7885
Rekaan Samsung Galaxy A40 telah tertiris semalam dan spesifikasi penuhnya pula tertiris hari ini menerusi laman Android Planet di Belanda. Ia dilengkapi skrin 5.9″ FHD+ SAMOLED Infinity-U, dijana cip Exynos 7885, memori sebesar 4GB RAM dan storan 64GB dengan sokongan kad mikro SD sehingga 512GB.
Kamera utama adalah gabungan sensor 16+5 Megapixel manakala kamera swafoto pula 25-Megapixel f/2.0. Bateri yang digunakan pula sebesar 3100 mAh dengan sokongan pengecasan panas. Sistem operasi Android Pie disertakan dengan pelancar One UI. Dari segi spesifikasi, Galaxy A30 mempunyai skrin yang lebih kecil berbanding A40 dan A50 masing-masing dengan 6.26″ dan 6.4″. Pemproses juga kurang berkuasa jika dibandingkan dengan dua model yang dilancarkan sebelum ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2CuNZwD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment