Qualcomm Mengumumkan QCS400 – Cip Pemproses Untuk Pembesar Suara Pintar
Trend peranti berhubung kini semakin menjadi-jadi. Banyak pengeluar sudah hadir dengan peranti berhubung mereka tersendiri. Kini, Qualcomm – iaitu syarikat yang terkenal dengan cip pemproses Snapdragon hadir dengan cip untuk pembesar suara pintar dan soundbar.
Cip ini adalah QCS400. Cip ini hadir dengan enjin kecerdasan buatan Qualcomm AI Engine terbina untuk menawarkan prestasi peranti berhubung yang lebih baik. Antara kelebihan cip ini adalah, pengecaman suara dari jarak jauh dan penggunaan kuasa rendah, maklum balas suara yang lebih pantas, menawarkan kualiti bunyi yang lebih imersif dan juga sokongan Dolby Atmos dan DTS:X.
QCS400 turut mampu pengalaman pendengaran secara digital tidak kira di mana sahaja. Ia mempunyai sambungan dua-arah, seperti pembesar suara berada di rumah – tetapi ia boleh dikawal dari pejabat. QCS400 turut menjimatkan penggunaan bateri jika, pembesar suara tersebut adalah jenis mudah alih. Cip ini adalah cip empat-teras dengan banyak integrasi dari teknologi audio Qualcomm seperti aptX Bluetooth. Dengan cip ini juga, ia akan mampu menghasilkan audio tanpa ada masalah lengah masa dan juga latensi rendah.
Qualcomm turut menyatakan, dengan cip QCS400 sistem kecerdasan buatan atau pembantu maya akan menjadi lebih pintar. Kelak di masa hadapan, cip-cip seperti ini turut akan mampu menghubungkan pembesar suara pintar dan juga pembesar suara ‘dungu’ secara serentak. Hasrat Qualcomm juga turut termasuk dengan menawarkan sekuriti biomterik berasaskan suara menggunakan cip ini di masa akan datang.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TolWoo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment