Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mengumumkan Platform Permainan Awanan – Stadia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mengumumkan Platform Permainan Awanan – Stadia

Google hari ini menghadiri acara GDC 2019 (Game Developers Conference, dan melalui ucaptama pihak Google, mereka mengumumkan platform permainan awanan mereka tersendiri, dinamakan Stadia. Melalui platform permainan awanan ini, Google ingin membawakan permainan berkualiti konsol ke pelbagai peranti melalui Chrome, atau Android – tanpa keperluan menggunakan peranti berspesifikasi tinggi dan sebagainya.

Google Stadia

Google turut menekankan yang mana pengguna tidak lagi perlu memuat-turun permainan seperti masa kini, perlu menaik-taraf ke patch terkini dan sebagainya. Pengguna boleh menonton permainan video kegemaran mereka di YouTube – dan turut terus memainkannya dengan hanya menekan pautan, sekaligus terus menikmati sesuatu permainan tanpa perlu melalui proses yang sukar.

Google Stadia

Untuk menguasakan Stadia, Google menggunakan pusat data mereka yang terletak di pelbagai negara seluruh negara – sekaligus membolehkan pengguna menikmati permainan tanpa masalah.

Ketika pelancaran ini, Stadia menyokong permainan sehingga 4K pada kadar 60fps. Google turut mengumumkan mereka akan turut menawarkan sokongan sehingga 8K tidak lama lagi. Menariknya melalui Stadia, pengguna turut boleh strim permainan pada resolusi 4K ke YouTube dengan mudah tanpa mengalami sebarang masalah.

Google Stadia

Memandangkan ia berasaskan awanan, Google mengatakan pusat data mereka akan terus ditambah-baik untuk menyokong pelbagai permainan pada kuasa pemprosesan tinggi tanpa masalah. Untuk menjayakan Stadia juga, Google bekerjasama dengan AMD untuk membangunkan sebuah GPU khusus yang digunakan pada pusat data mereka. Ia juga turut menyokong pelbagai platform pembangunan permainan yang digunakan pembangun pada hari ini – termasuk Unity dan juga Unreal Engine.

Bersama-sama pengumuman ini, Google turut mengumumkan beberapa permainan yang akan hadir ke Stadia, termasuk antaranya adalah Doom Eternal. Stadia bakal ditawarkan untuk beberapa negara bermula penghujung 2019 ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2W9W7Kg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.