Hi! Welcome Back and Stay Tune! iMac Dikemaskini Dengan Cip Intel Generasi Kesembilan Dan GPU Radeon Pro Vega - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iMac Dikemaskini Dengan Cip Intel Generasi Kesembilan Dan GPU Radeon Pro Vega

Selepas iPad Mini dan iPad Air dikemaskini semalam, kini tiba giliran dua model desktop iMac pula menerima pemproses lebih berkuasa serta kad grafik Radeon Pro Vega.

iMac 27″ yang dilengkapi skrin 5K Retina kini hadir dengan pilihan cip Intel generasi kesembilan yang dilengkapi enam hingga lapan teras. Ini menurut Apple meningkatkan prestasi sehingga 2.4 kali ganda. Pengguna boleh memilih memori sehingga memori 64GB DDR4 dan storan sehingga 2TB SSD. Kad grafik yang ditawarkan pula adalah sehingga Radeon Pro Vega 48 dengan 8GB memori HBM2.

Pada iMac 21.5″ skrin 4K Retina pula, pilihan cip Intel generasi kelapan dengan empat hingga enam teras ditawarkan. Ini memberikan peningkatan prestasi sehingga 60%. Ia boleh dikonfigurasi sehingga memori 32GB RAM DDR4 dan storan pula sehingga 1TB SSD. Pilihan kad grafik adalah sehingga Radeon Pro Vega 20 dengan 4GB memori HBM2.

Di Malaysia iMac 21.5″ dengan konfigurasi baharu ini ditawarkan pada harga bermula RM 5,599 manakala iMac 27″ pula ditawarkan pada harga bermula RM 7,699 sebuah.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ug8WqM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.