Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Chrome Dijangka Akan Menyokong Alat Kawalan Nintendo Switch – Untuk Digunakan Pada Google Stadia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Chrome Dijangka Akan Menyokong Alat Kawalan Nintendo Switch – Untuk Digunakan Pada Google Stadia

Google pada sebelum ini telah memperkenalkan Google Stadia iaitu sebuah perkhidmatan penstriman permainan awanan daripada Google. Ia membolehkan pengguna melancarkan perkhidmatan ini terus daripada pelayar web Google Chrome, sekaligus tidak memerlukan pengguna memasang perisian tambahan. Sejajar dengan kebolehan ini, Google bakal menyediakan sokongan untuk sejumlah alat kawalan permainan pada Chrome – termasuk Joy-Con daripada Nintendo Switch.

Perkara ini telah diperlihatkan melalui halaman Chromium Gerrit yang menyatakan ia menyokong sejumlah alat kawalan permainan daripada Nintendo. Ia termasuk alat kawalan Switch Pro Controller, Joy-Con, dan Switch Charging Grip – yang mana kesemuanya boleh dihubungkan ke Chrome melalui sambungan Bluetooth. Apa yang menarik, Pro Controller dan Charging Grip turut boleh disambungkan ke komputer melalui sambungan USB.

Kebolehan ini dijayakan atas platform Google Stadia yang menjalankan sistem operasi Linux. Alat kawalan Switch Pro Controller pada sebelum ini telah sedia disokong pada Linux dalam bentuk experimental, dan kini, ia bakal ditawarkan secara penuh apabila Google Stadia dilancarkan kepada pengguna.

Sokongan ini sedikit sebanyak telah membolehkan pengguna menikmati Google Stadia melalui alat kawalan sedia ada. Ia tidak memerlukan pengguna membeli alat kawalan tambahan, walaupun Google ada menawarkan alat kawalan mereka tersendiri. Ia juga dapat membolehkan pengguna mengawal permainan dengan pantas, melalui kedudukan butang dan alat kawalan yang sudah biasa mereka gunakan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2U1RWTi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.