Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rupanya Mudah Nak Buat Donut Kampung Lembut Tanpa Guna Telur & Tanpa Uli - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rupanya Mudah Nak Buat Donut Kampung Lembut Tanpa Guna Telur & Tanpa Uli

Sedapnya donut kampung. Donut versi basic dan disalut gula. Tapi teksturnya lembut dan gebu. Sekali makan, memang rasa tak puas. Bagi puan-puan yang rasa nak makan donut macam yang biasa nikmati masa zaman kecil dulu, resipi yang dikongsi oleh saudari Ina Bakeri ni antara yang terbaik boleh dicuba. Malah doh ni juga boleh digunakan untuk buat pau goreng atau pau Malaysia. Memang terbaik! Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.

CARA BUAT DONUT KAMPUNG LEMBUT, GEBU & TANPA TELUR

BAHAN A:

  • 2 1/2 cawan air suam
  • 2 paket yis mauripan
  • 5 sudu makan gula
  • 5 sudu makan susu pekat

BAHAN B:

  • 1 kg tepung gandum ( Puan Ina guna tepung cap sauh)
  • 5 sudu makan marjerin (Puan Ina guna cap pelangi)
  • 4 sudu teh baking powder
  • 2 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

1. Campurkan bahan A dalam satu bekas. Kacau untuk sebatikan dan biar kembang seperti dalam gambar.

2. Sementara menunggu larutan yis kembang, satukan bahan-bahan B dan gaul sebati.

3. Masukkan larutan yis yang telah kembang tadi ke dalam tepung. Uli dalam 5-10 minit hingga kulit doh licin dan cantik. Tak nak uli pun tak mengapa. Tapi jika nak donut lebih gebu, ulilah sekejap. Tutup doh dan biarkan 30 minit.

4. Bila doh mengembang 2 kali ganda, tumbuk doh untuk keluarkan angin.

5. Tabur sedikit tepung pada bahagian atas dan bawah doh. Canai dan terap guna acuan donut. Jika tiada acuan dan nak cepat, boleh bulatkan guna tangan sahaja.

6. Bila dah siap, panaskan kuali dan goreng donut tadi dalam minyak yang banyak menggunakan api perlahan.

7. Jika buat donut untuk frozen, goreng sekejap sahaja untuk matikan yis. Bila kuih nampak sedikit kuning, angkat dan sejukkan atas dulang.

8. Donut siap untuk disejukbekukan. Pastikan betul-betul sejuk sebelum dimasukkan ke dalam plastik.

9. Beginilah rupa donut dari dalam. Ada rongga-rongga halus. Memang gebu. Selamat mencuba!

Kredit: Ina Bakeri


Free IPTV @5tr0kk +500 Channel




✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2TZpVfg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.