Instagram Checkout Bakal Memudahkan Pengguna Membeli Barangan Di Instagram
Instagram pada hari ini bukan sahaja digunakan untuk perkongsian gambar, malah ada yang menjadikannya sebagai boleh platform untuk berurusan jual beli. Namun penawaran sedia ada memerlukan pengguna menuju ke halaman lain, sekaligus menyukarkan pengguna mendapatkan barangan tersebut secara pantas. Dalam memudahkan pengguna mendapatkan barangan daripada perkhidmatan ini, Instagram telah bekerjasama dengan PayPal untuk membawa fungsi baru yang dinamakan sebagai Instagram Checkout.
Fungsi ini membolehkan pengguna membeli sesuatu barangan di Instagram melalui perkongsian gambar biasa atau pada halaman Instagram Stories. Pengguna hanya perlu menekan butang pembelian atau menyeret ke atas ketika melihat Stories untuk menuju ke bahagian pembayaran. Ia bakal menyokong sejumlah mod pembayaran seperti Visa, Mastercard, dan tentunya pembayaran melalui PayPal.
Pengguna juga boleh melihat status penghantaran barangan tersebut, seperti tarikh tiba dan nombor penjejakan daripada Instagram. Fungsi ini juga membolehkan pengguna membatalkan jualan, menghantar semula barangan, atau meminta sesuatu perkara tambahan daripada penjual.
Namun buat masa ini, ia hanya ditawarkan untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja dalam ujian beta tertutup. Ia suatu fungsi yang menarik, namun sejumlah perlaksanaannya perlu diselarikan terlebih dahulu (seperti perkhidmatan kurier), untuk membolehkannya diperluaskan ke negara lain. Bagi anda yang sedang berada di Amerika Syarikat, anda boleh mendaftar minat pada halaman ini untuk menguji fungsi Instagram Checkout.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2U13er5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment