Hi! Welcome Back and Stay Tune! 1MDB: Najib perlu pikul tanggungjawab sebagai menteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

1MDB: Najib perlu pikul tanggungjawab sebagai menteri

Tony-Pua-najib-1mdbKUALA LUMPUR: Perdana Menteri perlu memikul tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan atas kelemahan tadbir urus dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sekalipun hasil siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mendapati Datuk Seri Najib Razak tidak terbabit dalam sebarang salah laku.

Gesaan itu dibuat Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, susulan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB yang mendapati prestasi kewangan syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan itu ‘kurang memuaskan’ yang menjurus kepada kelemahan tadbir urus.

“Sekurang-kurangnya beliau perlu memikul tanggungjawab menteri. Perkara lain kami tidak tahu, kerana kami tidak mempunyai penyata akaun bank di luar negara,” katanya di lobi Parlimen, hari ini.

Berdasarkan laporan PAC, kata Tony, 1MDB sengaja melengah-lengahkan siasatan Ketua Audit Negara dan PAC dengan tidak mendedahkan perkara sebenar sepenuhnya.

Beliau turut mendakwa 1MDB bertindak menyembunyikan maklumat penting dan enggan memberikan penyata akaun bank di luar negara bagi membolehkan pengauditan ke atas “jejak wang berbilion ringgit”.

“Walaupun terdapat beberapa kelemahan dalam laporan itu – kegagalan mendapatkan maklumat penting terhadap transaksi perbankan asing dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Hazem Abd Rahman, pegawai-pegawai Bank Negara, firma audit Ernst & Young serta beberapa individu kontroversi, seperti Low Taek Jho – bukti yang didedahkan dalam dokumen-dokumen sedia ada amatlah menjahanamkan 1MDB.

“Ia termasuk perjanjian usaha sama pertama dengan Petrosaudi International Limited, di mana 1MDB sepatutnya melabur USD1 bilion untuk 40 peratus saham, tetapi USD700 juta telah disalahgunakan untuk Good Star Limited,” katanya.

Berdasarkan laporan itu, Tony berkata, Ketua Audit Negara telah menemui bukti bahawa transaksi berlaku tanpa pengetahuan dan kelulusan Lembaga Pengarah 1MDB.

Menurut Tony, dalam satu temu bual bersama bekas Pengerusi 1MDB, Tan Sri Mohd Bakke Salleh memberitahu beliau meletak jawatan “kerana malu, beberapa minggu selepas mendapat tahu tentang transaksi berbahaya itu” dan mendakwa Bakke enggan membiarkan tindakan itu begitu sahaja.

Wakil rakyat DAP itu menambah, meskipun pihak pengurusan 1MDB bertegas yang Good Star adalah sebuah anak syarikat Petrosaudi, namun syarikat pelaburan kerajaan itu tidak mengemukakan sebarang bukti daripada pihak berkuasa terbabit kepada Peguam Negara atau PAC untuk membuktikan dakwaan itu.

“Laporan Ketua Audit Negara juga mengesahkan, selain USD700 juta yang dipindahkan pada 2009, 1MDB seterusnya memindahkan tambahan USD300 juta kepada Good Star pada 2011,” kata Tony.

 



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1S44ALz

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.