Hi! Welcome Back and Stay Tune! Suami Tergerak Hati Nak Tengok Balik Chat Lama Antara Dia Dan Isteri, Akhirnya Suami Sedar Rupa-Rupanya…. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Suami Tergerak Hati Nak Tengok Balik Chat Lama Antara Dia Dan Isteri, Akhirnya Suami Sedar Rupa-Rupanya….

Damiel Hola

 

Suami Tergerak Hati Nak Tengok Balik Chat Lama Antara Dia Dan Isteri, Akhirnya Suami Sedar Rupa-Rupanya…. | Bila pukul 2 lebih je, mesti isteri text saya, tanya dh lunch ke belum. Dan jawapan saya biasanya sama “tak makan. Abang sarapan je”. So daripada jawapan saya tu dia tahu dia kena masak.

Pukul 7.00 malam saya sampai rumah. Tapi yang musykilnya, nasi masih tak berhidang. Lauk masih dalam periuk. Air panas still dalam cerek.

Dulu takdelah macam ni. Tapi sekarang, hmm, entahlah. Nak cakap pun tak kena. Sebab tak nak kecoh, saya senduk nasi sendiri. Ambil lauk sendiri dan taruk sayur sendiri.

Bila dah lama sangat macam tu, sekali tu saya tegur dia.

“Awak, Abang nak tanya ni..”
“Ye abang. Apadia..”
“Boleh dikatakan setiap hari awak akan tanya Abang dah makan tengahari ke belum. Tapi bila Abang sampai rumah, awak tak hidangkan pun untuk Abang. Abang dah lah balik penat bekerja. Sepatutnya tolonglah sendukkan nasi. Buatkanlah air siap-siap..”

Dia hanya tunduk. Dan lepas tu dia minta maaf sebab tak dapat nak buat tu semua untuk saya selama ni. Esok dia janji takkan buat lagi.

Malam tu, dia tidur awal. Penat katanya. Saya yang masih tak ngantuk, tengok-tengok mesej dalam aplikasi whatsapp. Dan masa tu, tiba-tiba tergerak hati nak tengok balik chat antara saya dan isteri.

Lama saya meneliti. Lepas satu satu saya scroll mesej-mesej lama saya dengan dia. Dan mungkin Allah nak sedarkan saya bahawa saya telah silap dalam ‘menghukum’ Isteri, Allah temukan balik mesej isteri saya sebelum pukul 2, jam yang biasanya dia tanya saya dah makan belum.

“Abang.. Anak-anak melasak. Sorang pun taknak tdo ni ha. Kalau sempat nanti, saya masak untuk abang ye..”

“Abang.. Lengan kanan saya sakit sangat la. Nak angkat pun tak larat. Dari semalam lagi macam ni. Salah tdo kot”

“Abang.. Kepala saya berdenyut. Mungkin sebab x cukup tidur”

“Abang.. Adik gigit kakak. Kakak pulak tarik rambut adik. 22 ni asyik bergaduh je”

“Abang.. Lepas basuh dan jemur baju nanti, sy masakkan untuk abang neh”

“Abang.. Kalau abang senang, petang ni minta abang belikan susu ideal. Nak buat kuah bread puding”

“Abang.. Pukul 3 insyaAllah sy masakkan kari Abang. Skrang tgah melayan anak-anak mewarna”

Allahurabbi. Kenapa saya begitu buta selama ni. Bukankah sebelum tu dia dh maklumkn pada saya yang dia sibuk menguruskan rumah dan anak-anak. Tapi dalam sesibuk dia tu pun, dia masih boleh menyiapkan makanan untuk saya.

“ya Allah.. Maafkan lah saya dan rahmatilah dia..”

Dalam hangat air mata tu, saya kiss dahi dia dan send kan dia sebuah mesej..

“Terima kasih sayang. Maafkan Abang”

The post Suami Tergerak Hati Nak Tengok Balik Chat Lama Antara Dia Dan Isteri, Akhirnya Suami Sedar Rupa-Rupanya…. appeared first on Media Sensasi.



Mukah Pages membawa cerita sensasi terkini hanya dengan Media Sensasi http://ift.tt/1XizkXn

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.