Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laporan PAC buktikan Najib tidak bersalah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laporan PAC buktikan Najib tidak bersalah

najib,1mdb

PETALING JAYA: Laporan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang dibentang di Parlimen hari ini jelas membuktikan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak melakukan sebarang kesalahan jenayah berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh pihak-pihak tertentu terhadap Perdana Menteri selama ini berniat jahat dan bermotif politik.

“Laporan PAC pada hari ini membuktikan bahawa tiada salah laku jenayah berlaku dalam syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan itu seperti yang didakwa pembangkang.

“Dalam masa yang sama PAC mengesahkan bahawa Perdana Menteri bukan sahaja tidak melakukan sebarang kesalahan, malah, tidak menyumbangkan kepada kesalahan jenayah,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas laporan PAC yang mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan dan kehilangan dana seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Menjelaskan perkembangan itu, salah seorang anggota jawatankuasa, Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP) berkata laporan PAC tidak merujuk kepada Najib kerana pihak pengurusan 1MDB tidak menamakan beliau apabila dipanggil untuk membantu siasatan.

Menurut Tony, satu-satunya perkara yang mengaitkan Najib dalam kontroversi itu ialah resolusi pemegang saham yang beliau tandatangani.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1RZdpD8

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.